Bahagian 3
Fai dengan Elin bertunang pada hari Ahad lalu. Upacara berunding antara kedua-dua wakil berjalan sangat lancar, macam bawak kereta kat tengah KL pada Hari Raya Puasa pertama pada jam 7 pagi sebelum sembahyang raya bermula. Majlis rundingan bukan saja berjalan lancar, tapi jugak serba ringkas dan tepat, macam matematik moden, bukan matematik tambahan. Lepas tu masing-masing buatlah apa-apa yang patut kat bahagian bawah rumah, seperti makan-makan, borak-borak, main-main dan duduk-duduk termenung.
|
Atuk Atan baru mula berasa lapar setelah sessi rundingan selesai. |
|
Hairi mengelap pinggan sampai kilat macam cermin. |
Anak-anak buah berhempas pulas melakukan kerja-kerja amal seperti kutip pinggan, basuh pinggan dan gelas, lap pinggan yang basah, buat air sirap, tambah lauk dalam tray hidangan dan segala serba-serbi apa-apa yang patut. Ketua bahagian krew belakang tabir diketuai oleh Koas. "Kau, kau, kau, pergi sana buat tu. Kau, kau, kau pulak, pergi sini, buat ni. Yang lain ikut aku, kita enjoy!!! Ha ha ha!!!" Macam tulah agaknya Koas berkata-kata kot.
|
Para tetamu menjamu selera. |
|
Serupa tapi tak sama. |
Para tetamu dari perwakilan pihak lelaki nampak gayanya makan penuh selera. Mungkin time makan dah agak lewat. Memanglah perut time tu tengah berkeroncong. Nyom nyom nyom, bunyi masing-masing memamah nasi putih berlauk ayam goreng rempah, sayur pisang masak lemak serta sambal udang. Aku sendiri tadi pun makan penuh selera. Sendawa bau udang sambal lagi. Selain tu, ada jugak dihidangkan segala macam kuih-muih dari genre modern dan jugak etnik kreatif tradisional. Semua makanan memang laku. Sampaikan orang ramai yang lalu-lalang yang pada asalnya nak makan kat restoran mamak Fauziah Ghous bersebelahan pun akhirnya makan kat khemah kami jugak. Kami siap charge harga kaw-kaw macam kat hotel. Pun masih laku dan laris. Suasana makan tu yang membuat orang ramai begitu berselera sekali. Pergh!
|
Rombongan pihak lelaki sedang menikmati juadah. |
|
Ibu Fai baru turun dari kamar pertunangan. |
|
Macam kembar aje... |
|
Faiisal dah makan awal. Jadi time ni dia nengok orang makan aje. |
|
Pak Long dan Pak Tam berehat sejenak. |
Lepas tetamu dah makan, giliran ahli keluarga pihak perempuan pulak yang makan. Siapa-siapa yang belum makan, akan makan masa ni. Yang dah makan awal, kira ulang makan lagi round kedua. Maklumlah, nengok lauk masih banyak lagi. Aku sendiri meratah ayam goreng, walaupun gigi aku tengah sakit ya amat masa tu. Tapi mana boleh tahan, nengok orang lain makan penuh selera. Aku pun nak jugaklah menumpang sekaki. Maksud aku menumpang semulut.
|
Giliran ahli keluarga pulak makan. |
|
Nana berehat sebab baru lepas main muzik macam Kasim Selamat. |
|
Ika dan Nana. |
|
Mak Long dan Zila. |
|
Isteriku bersama kakaknya, Mak Nyah. |
|
"Okay. Tuang pelan-pelan. Jangan kasi tumpah. Ini resipi keluarga ni. Nanti lain pulak jadi rasanya", pesan Abby pada yang lain. |
Sementara ada yang bekerja membantu bahagian makanan, anak-anak main kejar-kejar atau main I-Pad Mak Usu. Air sirap yang dibancuh juga kelihatan sangat sedap. Aku yang tak berapa gemar minum air sejuk pun turut terliur melihatkan warna air sirap yang sangat indah dan cantik bagaikan warna pelangi di waktu pagi. Resipi air sirap tu ialah dari resipi rahsia keluarga turun temurun yang dibawa dari generasi ke generasi. Rasanya sidikit pun tak ubah dari resipi yang asal. Air batu yang dicampurkan juga telah dipilih secara teliti dari segi tahap kesejukan dan bentuk air batu itu sendiri. Ketelitian inilah yang membuahkan hasil yang sangat luar biasa enaknya.
|
"Hello! Apa? Saham tengah naik? Okay, jual, jual sekarang. Makcik kayo! Makcik kayo!!!" |
|
Bapa kedua-dua pasangan mempelai sedang membincangkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi badminton dan bolasepak negara. |
|
Nicha tengah berehat, "Lenguh tengkuk mak". |
|
Koas baru nilah dapat peluang nak makan setelah berhempas pulas bekerja keras menjadi pengarah operasi. |
|
Kois tersenyum lebar bagi menghilangkan penat badan. Senyuman Kois boleh buat orang lain pun hilang penat jugak. |
|
Anak-anak main I-Pad Mak Usu dengan penuh tekun dan semangat. |
|
Amier jual sate ayam dan sate daging. Murah aje, dua ikat seringgit. |
|
Syauki dengan teman tetapi mesranya. |
|
Sedang enak menjamu selera. |
Sesudah semua orang makan, geng-geng belakang tabir bekerja lebih keras membasuh pinggan, mengemas meja, menurunkan khemah dan mengutip sampah. Lauk pauk yang berlebihan dibungkus untuk diagih-agihkan kepada kaum keluarga serta mangsa bencana alam di Afrika. Semua kerja selesai kira-kira sebelum maghrib. Semuanya berlangsung dengan harmoni, dengan semangat kerjasama dan kekeluargaan. Oh, aku terlupa pulak. Sebelum dikemas kerusi meja, kami turut mengadakan majlis tahlil ringkas untuk dihadiahkan kepada Allahyarhamah Bonda Rahmah. Atuk Atan yang mengendalikan majlis tahlil ini. Waktu membacakan doa tahlil, Atuk Atan agak sebak seketika. Pak Tam yang duduk bersebelahan mengusap-usap belakang badan Atuk Atan untuk menenangkannya. Jelas, masing-masing masih merindui Allahyarhamah Atuk Pon. Semoga roh beliau dihimpunkan bersama roh-roh insan-insan yang mendapat redha Allah.
|
Akid dan Hidayat membasuh pinggan. Ali dan Amin yang turut bekerja keras tak mau gambar mereka diambil. |
|
Amier gembira pasal dapat makan cokelat masa kat ruang atas. |
|
Sessi membungkus makanan. |
|
Lagi makanan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Afrika. |
|
Kois tersenyum melihatkan Abby menekup dahinya dengan tisu. Abby tengah buat silap mata kot? |
|
Makan second round di kalangan krew belakang tabir. |
|
Makan second round lagi berselera dari makan first round pasal lauk lagi banyak boleh taruh. |
|
Mak Long turut menjamu selera setelah penat bekerja. |
No comments:
Post a Comment