Hari Rabu lepas kami bertahlil di rumah Mak Teh. Majlis ringkas diadakan selepas solat isyak. Para tetamu terdiri dari ahli keluarga terdekat serta jemaah surau yang berdekatan. Aku kira-kira orang surau ada dalam tujuh atau lapan orang aje. Banyak yang balik kampung, kata salah sorang ahli surau Ampang Indah. Kami baca Yaasiiiiin dan bertahlil. Habis tahlil tu dalam kira-kira jam sepuluh jugaklah. Memang masa tu perut dah lapar. Bagi sesiapa yang belum makan, bunyi keroncong perut makin menjadi-jadi. Tapi ada juga yang dah makan alas perut awal-awal. Apa-apa pun, majlis berlangsung sangat tenang dan santai.
|
Faridz dan Zuan. |
|
Ardi sedang lepak santai kat sudut rumah. |
Makan malam tu sekali lagi ditaja oleh Zuan dan Seri. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih. Menu dia ialah nasi ayam. Tapi bukan nasi yang ayam makan tu. Rasa nasi ayam tu boleh tahan jugak sedapnya. Di kejauhan kami terdengar para tetamu saling berbalas-balas kokok setelah menikmati dengan penuh syahdu akan keenakan nasi ayam yang sangat luar biasa itu.
|
Isteriku bersama Zila. |
|
Mak Long dan Mak Uda. |
Selain dari nasi ayam, ada juga kuih muih seperti cucur udang, koci, bangkit, kek bulat, dan pelbagai lagi makanan yang aku pun tak ingat nak senaraikan. Para tetamu pada malam tu nampak gayanya macam tak kuat makan aje. Semua orang tengah diet kot. Jadi lebihan makanannya agak banyak jugaklah. Baki makanan yang ada tu kira cukup banyak untuk diagih-agihkan ke seluruh rakyat negara Bangladesh.
|
Anak-anak remaja yang hebat - Hidayat, Ali dan Amin. |
|
Adrian selalu mendapat perhatian dari makcik-makcik saudaranya yang ramai. |
|
Intan terpenjara! |
|
Amier menjengah di tangga. |
|
Elin sedang bermesej. |
|
Ika dan baby Adrian. |
|
Syahmie turut hadir di majlis ini. |
Selesai makan nasi, kami makan dessert atau pencuci mulut. Tapi pencuci mulut tu bukanlah bermakna kami semua makan sabun basuh pinggan. Berbuih perut nanti! Sambil minum teh-o panas yang nyaman, kami berbual-bual pasal pelbagai hal. Terbit jugak cerita ketika rombongan ke perairan Terengganu pergi mencandat sotong. Atuk Atan, Pakcik Karim, Pak Nyah dan Pak Andak ada turut serta dalam trip tu. Atuk Atan kata dia cuma dapat satu ekor aje. Tekong kapal pakai pencandat mahal yang berharga RM30. Yang lain dibagi pakai pencandat murah, berharga tiga seringgit. Pasal tulah payah nak dapat sotong. Sotong yang naik pada trip hari tu ada dalam puluhan ekor jugaklah. Kebanyakannya dicandat oleh tekong bot. Dari sotong kecil sekecil Squidward, sampailah ke sotong yang paling besar, sebesar Pulau Kapas. Malah sotong Auwww pun ada dicandat sama. Semua mereka bawak naik, siang, masak dan makan.
|
Pak Andak dan Pak Long sedang asyik mendengar cerita sotong. |
|
Cerita sotong memang boleh mengasyikkan kalau dilayan. |
|
Dua orang ayahku. |
|
Terjojol biji mata Ali tatkala terlihat sesuatu yang menarik di handphone-nya. Apakah itu? |
|
Amin baru berkesempatan nak makan nasi ayam. Lepas ni Amin nak makan nasi itik dan nasi angsa pulak, kata Amin. |
|
Norin dan Hidayat. Hidayat sedang menunjukkan cara-cara menyepetkan mata dengan betul. |
|
Ibuku turut hadir sama. |
Kira-kira jam sebelas lebih, masing-masing dah mula minta diri untuk pulang ke rumah masing-masing. Nasi ayam, dan ayam goreng masih banyak lagi berbaki. Jadi juadah itu diagih-agihkan kepada seluruh ahli keluarga yang datang. Nana berperanan sebagai pemotong ayam, kerana pengalamannya bekerja dengan Along Bukit Beruntung selama 10 tahun dulu. Kerja Nana dulu potong tangan orang yang tak dapat bayar hutang. Kih kih kih... Banyak jugak bekalan makanan yang kami bawak pulang. Rasa aku, tahan dua minggu tak payah masak nasi kot. Akhir kata terima kasih kepada semua ahli keluarga kerana telah hadir menjayakan majlis tahlil itu. Kita berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim. Bukankah kita pernah sebegini rapat dulu-dulu-dulu-dulu?
|
Nana berbangga kerana dipilih sebagai Ratu Pemotong Ayam Kebangsaan Tahun 2012. |
|
Ayam yang kelihatan sangat enak dan menyelerakan. |
|
Suraya main handphone. |
|
Adam duduk-duduk sesaja. |
|
Tiga orang pemuda terhangat di pasaran - Faiisal, Faridz dan Taufik. |
|
Ika dan Wanie - kami dah terlalu kenyang! |
|
Nana menunjukkan cara-cara memotong ayam secara profesional. |
|
Ayam dipotong tanpa belas kasihan. |
No comments:
Post a Comment