m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, June 21, 2012

Keputusan periksa Wanie ialah...

Pagi tadi aku masuk ofis lambat sikit (macamlah selalu datang awal, kan?). Aku terpaksa pergi menghadap cikgu sekolah rendah yang ajar Wanie kat Ampang. Hari ni adalah hari ibubapa jumpa cikgu nak ambil report card. Aku tanya Wanie, dapat nombor berapa? Wanie kata tak tau. Tapi oleh kerana kawan baiknya konfiden kata yang nombor satu adalah milik kawannya itu, maka Wanie pun cakap dia dapat nombor dua dalam kelas. Okaylah tu.

Sesampainya di kelas, aku nengok ibubapa lain pun tengah duduk beratur menanti giliran nak berinteraksi dengan guru kelas. Akhirnya tibalah giliran aku dan Wanie pulak jumpa cikgu. Cikgu tu tunjuk report card Wanie. Katanya Wanie ni jenis pendiam dalam kelas (maca aku masa budak-budak dululah). Dan keputusan peperiksaan dia pun okey. Cikgu suruh maintain. Jangan tangkap selesa dan relax pulak. Aku nengok report card Wanie. Waahhh!!! Wanie dapat nombor satulah! Aku pun terus berbangga. 

Lalu aku kata pada cikgu kelas Wanie, "Cikgu, saya sangat berbangga dengan keputusan cemerlang anak saya ini. Izinkan saya memberikan ucapan sepatah dua kata sempena kejayaan anak saya ini".
"Tapi encik, ini bukan tempat berucap".
"Terima kasih cikgu, kerana telah membenarkan saya berucap".
"Tapi encik..."
"Izinkan saya berucap sekarang."
"Encik..."

Dan aku pun terus berdiri di atas sebuah meja pelajar budak, dan mengucapkan segala penghargaan dan terima kasih kepada para penyokong dan peminat seluruh Malaysia, termasuk di Singapura dan di Brunei. Ucapan aku disampaikan dengan penuh emosi selama dekat empat jam tanpa henti, sampai tertitis air mata jantanku ke bumi. Dan aku sudahi ucapan aku dengan berkata, "Lihatlah dunia! Tanpa anda, siapalah saya..."

Para ibu bapa yang datang terus memberi standing ovation dan bertepuk tangan dengan gemuruh sekali setelah mendengar ucapan yang sangat bermotivasi dan emosional itu. Dato' Haji Dr Fadillah Kamsah yang kebetulan ada kat situ pasal nak cari kunci kereta dia yang tercicir (macam mana boleh tercicir, aku tak tau. Korang kena reka sendiri cerita dia) sempat mendengar ucapan tadi lalu berkata dalam keadaan emosi jugak, "Inilah contoh mak bapak yang hebat! Contoh ya. Contohhh!"

Dan sesudah itu, kami pulang dengan perasaan bangga, sambil aku mengucapkan tahniah kepada Wanie di atas kejayaannya itu.

Hari Wanie dapat report card.
Masa untuk balik.

1 comment:

  1. Tahniah Wanie..

    Semoga lebih banyak kejayaan akan mendatang.. :)

    ReplyDelete