Semalam, salah sorang kenalan aku kat gelanggang tenis memanggil aku coach. Mungkin sebab dia dok nengok aku melatih anak-anak buah aku Faiisal dan Ali bermain tenis selama dekat sejam di Tasik Titiwangsa. Termasuk hari Ahad semalam, kira dah dua sessi training aku adakan untuk anak-anak buah yang berminat. Tetapi semalam lebih bersungguh-sungguh sikit pasal aku siap bawak bola berpuluh-puluh bijik banyaknya untuk tujuan coaching.
Baru dua minggu Faiisal menjalani latihan, dia dah boleh control bola dengan agak baik, walaupun teknik pukulan yang aku ajar masih belum dikuasai. Aku sendiri pun masih belum expert buat pukulan yang aku ajar anak-anak buah aku. Itu perlu practice. Practice dan terus practice. Sempat jugak aku tunjukkan kepada mereka, bebudak belasan tahun dan bebudak sekolah rendah, lelaki dan perempuan, training tenis dengan coach sebenar. Memang jauh beza kemampuan mereka dari kami semua. Aku nak Faiisal dan Ali tumpang belajar dari pemerhatian tentang cara-cara pelajar tadi membuat pukulan. Apa yang aku paling happy ialah melihat perkembangan Faiisal yang sangat positif. Tak lama lagi bolehlah jadi sparring partner aku, kerana aku sendiri memerlukan sparring partner untuk memperbaiki permainanku. Sebenarnya kerja coaching ni taklah seseronok bermain. Tapi Faiisal ada bagi idea, dia kata kalau team kami dah ready, bolehlah lawan dengan team Hafez Wahab. Dengar tu Hafez?! He he he. Jauh lagi team kami ni... Team Hafez ada Pak Uda Hairuddin, ada Umair, ada Ad yang hebat. Pak Su, Nuar, Hafez dan sepupu mereka yang tinggi lampai tu pun boleh bermain tenis sedikit sebanyak. Nantilah. Bagi kami prepare cukup-cukup dulu. Kurang-kurang aku kena train lima orang lagi sebelum boleh cukup minimum tiga bergu.
Setelah sejam berlatih bersama anak-anak buahku, aku tumpang main dengan geng court sebelah yang kurang satu orang untuk main double. Gembiranya aku dapat bermain dengan mereka yang kebanyakannya mempunyai skill permainan yang baik. Aku partner dengan Abang Kamal. Abang Said partner dengan Abang Murad. Aku bermula slow. Kami ketinggalan 0-1. Lama-lama momentum ku meningkat. Kami leading 4-2. Dan terus leading 5-3. Tapi tiba-tiba aku pancit. Mungkit sebab kena paksa berlari oleh team lawan serta matahari dah mula terik kat atas kepala. Team lawan menyamakan kedudukan kepada 5-5. Dan akhirnya kami tewas 5-6. Aduh! Abang Kamal kecewa pasal kalah. Aku kecewa pasal banyak sangat buat silap. Tapi yang aku happy-nya ialah aku dapat main berentap dengan team yang hebat. Kena main dengan orang-orang yang hebat, barulah cepat jadi hebat. Masa berlawan tadi, Abang Kamal asyik perli aku secara bergurau, "Macam mana ni coach? Kalau pukul cantik baru boleh jadi coach. Masa coaching tadi tunjuk cara pukul dahsyat, masa main macam ni pulak." Lepas tu Abang Kamal gelak. Aku ucapkan terima kasih kepada semua geng court sebelah sebelum pulang.
Dari kiri: Pro Kennex Bronze Ace, Wilson Graphite Matrix, Wilson Pro Staff Kevlar & Wilson Pro Staff Surge - mengikut turutan pemilikan reket sejak zaman universiti dulu. |
No comments:
Post a Comment