Sejak Almarhumah Bonda Rahmah pulang ke Rahmatullah pada 1 Jun lalu, anak-anak bersilih ganti mengadakan majlis tahlil mendoakan kesejahteraan Bonda di alam yang kekal. Pada hari Sabtu lalu, giliran Mak Long pula menjadi tuan rumah. Sebelum ini, majlis diadakan di rumah Mak Teh dan Mak Anjang. Majlis membaca Yaasiiiiin dan tahlil bermula selepas maghrib. Itulah jadual yang telah diumumkan kepada semua. Tapi pada hari tu, aku, isteri dan Syahmie tengah mencari barang keperluan Syahmie untuk dibawa pulang ke MRSM Gemencheh. Jadi kami pulang agak lewat petang, dan hampir mencecah maghrib. Akhirnya kami putuskan untuk solat maghrib dulu, baru pergi ke rumah Mak Long.
|
Pakcik Karim dan tetamu yang lain sedang memilih, menu apa yang hendak dicuba dulu. |
|
Banyak betul nasi beriyani dlam periuk tu. |
Di rumah Mak Long, ketika kami sampai, Ayah Atan sedang membaca doa tahlil. Jadi kami yang baru datang turut mengaminkan doa yang dibaca. Ramai sunguh aku nengok tetamu yang datang. Selain saudara-mara, orang-orang masjid dan jiran-jiran jugak ada yang hadir. Mak Long terpaksa pasang khemah kat luar rumah. Setelah doa selesai dibaca, para tetamu wanita dipersilakan untuk menjamu selera. Kami yang laki-laki solat isyak dulu.
|
Faiisal and company menyediakan resipi air anggur yang rasanya macam durian Musang King. |
|
Nana, Mak Uda dan Mak Tam sedang menjamu selera. |
|
Wanie dan isteriku juga sedang makan. |
|
Amier dah siap makan. Time untuk main pulak. |
Habis aje solat isyak, kaum lelaki pulak yang dijemput makan. Dan seperti selalu, aku sangat teruja apabila suara menjemput makan berkumandang. Di luar, aku nengok ada nasi beriyani berlaukkan dalca, jelatah, ayam, daging dan papadom. Terliur aku melihatnya. Kemudian aku ternampak pulak nasi putih, berlaukkan ikan kering, daging masak kicap, ulam, dan ada jugak ikan masak tiga rasa. Makin menjejeh air liur aku berlimpahan. Tiba-tiba aku nengok bekas yang berisi nasi berdekatan dengan aku penuh dengan kuah. Eh! Masakan apa ni? Resipi baru kot? Nasi beriyani berkuah pekat. Teringat aku kat Pak Uda yang pernah masak nasi goreng berkuah. Lalu aku berteriak, "Apasal nasi beriyani ni ada kuah?" Di sahut oleh orang yang lalu-lalang kat situ, "Mana nasi ada kuah?!" "Eh! Ni air liur sapa yang banyak dalam periuk nasi ni?!!" jerit semua orang. Alamak! Baru aku perasan. Air liur dari terliur aku tu dah jatuh dalam periuk nasi daaa... Aku cepat-cepat beredar dan buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
|
Hafez memperakui bahawa inilah nasi beriyani yang paling sedap pernah dihidangkan pada alaf ini. |
|
Hafez sedang mencedok kerabu mangga yang diperbuat daripada mangga kunci. |
Proses pemakanan aku teruskan juga. Semua lauk pauk dah pun aku masukkan ke dalam pinggan aku yang sebesar talam. Semangat makan ku tengah memuncak pada malam tu. Aku memang betul-betul lapar dan berselera untuk makan. Setelah pingganku penuh, aku duduk bersila di ruang tamu sambil makan dengan lahapnya. Nyam nyam nyam...
|
Ika dan Huda juga tak sabar-sabar nak makan nasi beriyani terhebat sepanjang zaman. |
|
Syafiq dan Mukamil. |
|
Ayah Atan dan Pak Andak - dua orang bakal haji. |
|
Para tetamu sedang khusyuk makan. |
Setelah selesai makan, aku pun berborak-boraklah dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa. Kami bualkan pasal hal-hal yang kompleks seperti bagaimana terbitnya teori dan formula yang rumit dalam Matematik Tambahan. Serta bagaimana rota virus boleh merebak sebegitu cepat dari satu individu ke satu individu yang lain. Itu tak masuk lagi cerita pasal spesis-spesis serangga yang hidup di hutan Amazon serta jumlah sebenar bintang di angkasa.
|
Abby dan Syafiq sedang bersembang pasal kehebatan daun ketum. |
|
Faiisal menekup dagunya, kerana jerawat batunya baru aje pecah. Kebaboomm!!! |
|
"Mamak! Kasi teh halia kaw punya satu gelas besar!" |
|
Zila mendukung Adrian. |
|
Haris Qalif ditemani makcik-makciknya. |
Sebelum kami pulang, hujan mencurah lebat. Kami dibekalkan dengan makanan yang masih banyak tertinggal di dalam periuk belanga. Sebelum pulang, aku sempat menengok tenis French Open Final untuk kategori wanita. Maria Sharapova lawan Sara Errani. Maria menang mudah 6-3, 6-2. Lepas menonton tenis siaran secara langsung tu, anak-anak buahku terus menyatakan hasrat untuk bergiat dalam arena tenis secara profesional. Dan aku setuju untuk menjadi coach mereka dengan syarat bayaran sebanyak USD10,000 setiap sessi diberikan kepada ku secara tunai. He he he... Kami pulang agak lewat. Agak letih. Dan di rumah aku terus saja tidur. Isyak pun dah solat tadi masa kat rumah Mak Long.
|
Intan sedang mengugut Along untuk menyerahkan semua duit di dompetnya. |
|
Anak dan ayah. |
|
Pak Andak dan Pak Uda bercerita pasal sotong. Semua jenis sotong. |
|
Mak Uda berehat kepenatan. |
|
Syahmie yang kehausan pergi mendapatkan segelas air. |
|
Bercerita topik serius antara Mak Uda dan Mak Ngah. |
|
Nabiha dan Suraya makan nasi beriyani tambah dua kali. |
|
Faridz geli hati melihat cicak tergolek dari siling. |
|
Kamil dan Amier sedang bersedia untuk membuat satu persembahan. |
|
Amier dan Kamil sedang menyanyikan lagu Boboi Boy versi rock. |
|
Hafez pun makan nasi tambah dua kali. |
|
Syura tak cukup makan. Dia bungkus lagi banyak makanan untuk dimakan di rumah sorang-sorang. |
|
Mak Anjang membungkuskan nasi untuk dibawa pulang oleh para tetamu. |
No comments:
Post a Comment