Ingat tak aku pernah cerita hari tu, pasal aku pergi nengok Syahmie kat Gemencheh? Masa tu aku ada beli cengkerik RM2 untuk dijadikan umpan pancing ikan. Sekali tak sempat pergi mancing kat Gemencheh. Jadi umpan cengkerik tu tak digunakanlah. Nak buang rasa sayang. Kalau dulu aku ada bela ikan puyu, bolehlah jugak aku bagi ikan puyu tu makan cengkerik. Jadi cengkerik yang aku simpan dalam bekas plastik tu aku bawaklah kat ofis, jadikan haiwan peliharaan kejap. Dari hari ke hari, lebih banyak cengkerik yang mati. Dan bangkai cengkerik tu pulak baunya amat semerbak. Agaknya bau yang macam tulah yang menambat hati ikan-ikan seantero Malaya untuk menjamahnya. Maka aku fikir, mungkin aku kena gunakan cengkerik-cengkerik tu sebagai umpan mancing sebelum dia mati.
|
Dua batang joran teleskopik yang aku gunakan. |
Aku pun mencari-cari port-lah untuk memancing kat sekitar tempat kerja aku. Akhirnya aku dapat satu idea. Dekat Bangi, dekat dengan UKM ada satu kolam. Kat situ memang aku biasa nengok orang mancing. Tapi tak taulah aku diorang pancing ikan apa. Lalu aku pun menghalalah ke sana selepas waktu pejabat. Saja nak try port mancing baru. Dapat pancing kejap pun jadilah. Masa aku sampai sana, aku nampak dah ada beberapa orang sedang mancing. Kat kawasan tu banyak bom-bom buatan sendiri oleh lembu-lembu peliharaan. Ada dua brader muda sedang casting spinner dengan spoon. Baling tarik, baling tarik (cast & retrieve). Aku rasa dia nak pancing arapaima gigas kot. Walaupun suasana kolam tu macam dihuni oleh para haruan sedunia, tapi aku tak nampak walau kelibat sekor haruan pun. Riak toman pun aku tak nampak. Ada sorang brader yang dah senior sikit tu dia mancing pakai cacing. Duduk steady aje kat satu sudut. Ada lagi sorang brader muda jugak, siap pakai pancing layang (fly fishing). Aku memang respect betul orang yang pandai mancing kaedah yang bagi aku sangat kompleks ni. Ada jugak yang menjaring dan menjala.
|
Kolam ni memang menjadi tumpuan pemancing-pemancing seluruh kawasan Bangi dan Kajang. |
Aku lantas melabuhkan joran berumpankan cengkerik tadi dan membaling ke tengah kolam. Tak ada getuan langsung. Aku pasang satu lagi joran, dengan mata kailnya berumpankan cengkerik jugak. Yang ni aku baling dekat sikit kat tebing, pasal kekadang ikan-ikan suka bersembunyi di balik tumbuhan yang melata di gigi air. Aku baling dan tarik umpan cengkerik tu, nak bagi ikan main kejar-kejar sikit. Tak bersambut. Lepas tu aku pasang satu lagi set pancing. Kali ini aku gunakan umpan tipu, jig soft plastic. Baling tarik, baling tarik. Tak ada respond. Aku tukar pulak pakai soft plastic spinner combo. Baling tarik, baling tarik. Cenggitu juga hasilnya - tak ada hasil. Tapi tiba-tiba aku ternampak kelibat dua ekor ikan saiz tapak tangan berkejaran tak jauh dari tempat aku berdiri. Ikan tu warna kekuningan sikit. Tak taulah aku itu ikan apa. Aku cuba campak umpan kat situ. Lama aku tunggu, tapi tiada sambutan.
|
Kolam ni rupanya agak luas jugak. |
Aku berhenti memancing sebelum jam 7 malam. Nanti nak balik jemput wife aku kat ofis pulak. Nampak gayanya kali ni tak ada hasil. Biasalah tu. Kalau pergi padang pancing yang baru, biasanya kita kena buat round satu kolam untuk mengkaji kat sudut mana ikan suka bermain dan lepak-lepak. Dan kena kaji jugak makanan kegemarannya serta kaedah memancingnya. Kekadang siap kena buat tesis dan kertas kerja lagi. Dah kaji semua tu, barulah jerat boleh mengena! Lepas aku simpan barang dalam kereta, aku sempat jugak jumpa brader yang senior tadi melihatkan perkembangannya. Aku nengok dalam baldinya ada lima ekor ikan bersaiz tapak tangan. Kira okaylah tu. Dia pakai umpan cacing, maka dapatlah tiga ekor anak belida atau selat, seekor kerapu lombong dan seekor ikan perisa oren. Brader-brader yang lain nampak gayanya masih belum berhasil. Cengkerik yang balance tu semua aku lepaskan kat tepi kolam. Kot-kot ada ikan yang berhajat nak makan cengkerik, bolehlah dia melompat kat tebing kejap. Aku balik dengan perasaan senang hati pasal dapat jugak aku gunakan cengkerik peliharaanku itu.
|
Menanti umpan digigit ikan toman gergasi. |
|
Ikan yang dipancing brader senior. Lima ekor semuanya. |
Kat ukm area mana nie?
ReplyDeleteAssalamualaikum Bro Ridzuan. Padang pancing ni memang dekat sangat dengan UKM. Keluar aje dari main gate UKM, terus lalu jambatan. Ada sungai kat bawah jambatan tu. Jalan ke depan sikit, nanti akan nampak satu kolam besar sebelah kanan (tak jauh dari jambatan depan UKM). Mesti tak boleh miss. Cuma aku masih tak tau siapakan yang menghuni kolam ni sebenarnya. Baru try pancing kat situ sekali aje pun.
DeleteAssalamualaikum. Bole bg lokasi tepat tak saudara/saudari. Saya cuba cri dah tpi tak jumpa
DeleteBro..ada free ke ptg ni..jom kita try carik
DeleteAda sesapa nak pegi ke tpt ni ari ni..nak polo..
ReplyDeleteAda sesapa nak pegi ke tpt ni ari ni..nak polo..
ReplyDeleteToman dengan PB banyak kat sini. lokasi betul-betul depan pintu utama UKM
ReplyDeleteIsh! Betul ke banyak PB? Kena repeat ni nampak gayanya. Seronok kalau main casting, dan kena dengan gewangnya. Thanks bro.
DeleteAda toman beso.sangat pemalu makhluknya.
ReplyDeleteSalam.. gmbr tahun Bile ni.. nmpm cantik. Skrg dh semak sikit tpt tu.
ReplyDeleteBaru je pergi semalam mancing. Ikan dh xde sana.. dulu byk. Nk mancing sana roger.
Salam bro. Ini gambar tahun 2012. Lapan tahun dulu. Dulu kerja dekat2 area sana. Bolehlah singgah. Skg kerja dah menghala ke lain. Payah sikitlah.
DeletePetang nie kalo berkesempatan... pernah dpt haruan besar lengan, tapi auto relese
DeleteWaalaikumsalam jom pg nak esok.. Nk try jgk tempat tu..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteJom belah pagi ini
DeleteAda lgi ke pb kat situ dekat mana lgi nk cari tempat pb ni semua dh clear.
DeleteJln ulang alik sy ni, rekod pertama dan terakhir kaloi dua tapak tangan bersama suapan cacing. kwan sbelah dapat sepat dgn ruan... Lpas tu mlas da nk g.. liattt oi
ReplyDeleteJom sabtu ni kita g oii
ReplyDeleteAssalamualaikum semua..wahh gambar lama sekitar 2012..skrg dah 2024..dah 12 tahun..kawasan lombong ni dah mcm belukar..baru2 ni saya ada turun memancing disini..target ikan sepat. rupanya ada ikan sepat dalam lombong..saya xpernah jumpa lagi lombong yg ada ikan sepat. bolehlah kalu nak set mancing boleh roger2..
ReplyDelete