Kali ni aku nak kisahkan pasal satu tragedi yang mengerikan. Sapa yang lemah semangat dan ada sakit jantung, dinasihatkan supaya jangan membaca blog entry kali ni. Ia berlaku kira-kira seminggu yang lepas. Begini ceritanya:
Pada suatu pagi, selepas aku hantar Wanie pergi sekolah, aku pun balik rumah. Kat rumah aku ternampak seekor kucing jiran yang bernama Black sedang duduk berehat kat atas tembok dekat rumah aku. Aku pun lalu menegurnya, "Hello bro. Lu apa kabar?" Black hanya memandang aku tanpa menjawab walau sepatah. Korang ingat lagi tak cerita pasal Black? Dulu aku pernah ceritakan kat dalam blog. Masa tu Black masih remaja lagi, dan dia cukup manja dengan kami. Masa tu kami panggil dia Blackie. (Rujuk blog: http://adisarahberkisah.blogspot.com/2011/02/melayan-si-kucing-hitam.html dan http://adisarahberkisah.blogspot.com/2011/02/blackie-yang-manja.html). Sekarang aku nengok Black telah semakin sombong, dan badan dia pulak dah besar macam anak harimau Benggala.
Memikirkan yang Black pernah berjinak dengan aku dulu, jadi aku pun nak dukunglah dia. Seronok dukung Black pasal badan dia berat macam anak badak air Afrika. Masa aku nak angkat tu, Black macam berasa rimas sikit. Tapi aku angkat jugak. Kemudian aku dukung dia macam aku dukung baby. Agaknya masa tu Black memang tengah tak ada mood dan tak selesa. Lalu dikeluarkan kuku dari jemarinya yang hitam yang sepanjang tiga inci setiap kuku, dan tajamnya bak pedang samurai, dan mentancapkan kuku-kuku kakinya ke dalam kulit dan daging tanganku. Adoi! Aku kesakitan. Aku goyang-goyangkan tangan ku suruh dia lepaskan dan turun dari dakapan aku. Black tak berganjak. Dia terus mencengkam kuat tanganku seperti tak nak bagi lepas langsung. Yang paling aku suspen ketika tu ialah takut-takut Black akan membaham tanganku seperti seekor singa membaham seekor rusa. Aku dalam ketakutan. Aku goncangkan lagi tangan aku sampai akhirnya Black melepaskan cengkaman padunya. Aku berasa lega. Tapi tanganku berasa sakit. Aku agak trauma tadi dengan kejadian yang sangat mengerikan itu.
Sekarang aku dah tak berani nak dukung Black. Setakat pegang usap aje bolehlah. Tapi takda aku nak angkat dia lagi. Bayangkan kucing seberat dekat 20 kilo bergayut kat tangan korang, dengan kuku terbenam dalam kulit. Sakit wooooo...!!! Nasib baik jugak kuku dia tak ada bisa. Bila aku buat kajian balik, ada dua kemungkinan mengapa Black bertindak sedemikian. Pertama, sebab dia tak selesa dan nak sampaikan mesej kepada aku supaya jangan dukung dia lagi. Kedua, sebab badan dia dah berat, maka dia agak gayat bila aku dukung dia cara dukung baby. Lalu dia berpaut kuat pada tangan aku supaya tak jatuh. Tak taulah aku yang mana satu alasan sebenarnya. Apa-apa pun, aku mesti berhati-hati ketika memegang haiwan yang semakin membesar, walaupun ia pernah jinak dulu.
Yang merah-merah tu ialah bekas kena cakar si Black yang besar dan kuat macam Badang. |
No comments:
Post a Comment