Pada hari Ahad lepas kami bercadang nak pergi melawat Syahmie di MRSM Gemencheh. Jadi kami telefon Syahmie suruh stand-by dan bagi tau ada nak kirim apa-apa barang tak. Syahmie tulis dalam sms-nya, dia cuma nak penebuk lubang untuk kertas, hanger (pasal banyak dah hilang) dan penyapu (untuk sapu bilik). Okaylah. Kami pun belikan barang-barang tu termasuk bekalan biskut dan air sekali sebelum kami berangkat ke Gemencheh. Kami jugak ajak Ayah Atan supaya dia tak bosan dan termenung duduk sorang-sorang kat flat di Cheras. Dan aku pulak ajak Faiisal sebab kebetulan hari tu dia cuti, dan kami pulak baru berlatih tenis pada paginya tadi. Dan secara sepontan pulak, isteriku mengajak Salleh yang kebetulan tak ada apa-apa aktiviti untuk dilakukan pada hari tu. Jadi satu kereta tu ada enam orang, termasuk Amier sekali. Wanie tak ikut sebab dia ada homework sekolah yang masih belum dibuat. Aku jugak turut membawa beberapa batang joran, perkakas memancing yang lain serta umpan cengkerik. Manalah tau, kot-kot sempat singgah kat mana-mana sungai atau parit, bolehlah memancing keli, puyu atau haruan.
|
Alamak! Ada jambatan runtuh pulak. Kenalah buat lencongan. |
Kami bertolak ke Gemencheh agak lewat jugak sebenarnya. Masa azan zuhur, kami masih lagi berada di KL. Jadi kami sampai sana kira-kira time solat asar. Perjalanan kami ke Gemencheh tergencat sedikit pasal ada jambatan runtuh kat suatu lokasi yang biasa kami lalui. Jadi kami terpaksalah buat de tour. Jauh sikitlah kami kena pusing. Sesampai di MRSM aje, kami dengar azan asar. Jadi kami pun terus solat asar kat surau. Lepas tu barulah duduk sembang-sembang dengan Syahmie. Itu pun kejap aje pasal hari dah semakin lewat. Kami sempat tunjuk kat Ayah Atan akan kolam tadahan air yang terdapat di tengah-tengah MRSM sini. Ada banyak ikan kat sini, tapi dipagar dan tak boleh memancing. Yang itu yang buat aku semakin geram tu. Yalah, takut bahaya kat budak-budak. Tapi Syahmie kata kekadang ada jugak staf MRSM yang turun pergi mancing. Nanti aku suruh Syahmie pujuk warden dia suruh bagi permit khas untuk aku, supaya dapat aku mengaut hasil lumayan dari kolam tadahan air di sini.
|
Tengah nengok kolam yang dihuni ikan-ikan bersaiz mega. |
|
Semua orang nengok kolam dengan penuh minat dan ghairah. |
|
Berehat kat kereta sementara Syahmie naik asrama simpan barang. |
|
Salleh dan Faiisal turut serta pada trip kali ini. |
Selepas bersembang dengan Syahmie dekat perkarangan MRSM, dan bagi barang-barang yang dia pesan sebelum ni, kami pun berangkat pulanglah. Sessi memancing memang tak dapat dilakukan kerana time dah lewat. Kalau datang awal sikit mungkin boleh sempat jugak nak cari lubuk-lubuk ikan sawah kat sekitar Gemencheh dan Gemas. Tak apalah. Next time kalau ada peluang, kami akan pergi mancing. Kami pergi meninggalkan kawasan MRSM kira-kira dalam jam enam petang.
|
Dah nak balik masa ni. |
|
Syahmie bergambar dengan Atuk Atan. |
|
Bergambar kenangan dengan Syahmie. |
|
Ish ish ish... Makin membesarlah perut aku. Maklumlah, kuat makan sejak kebelakangan ni. |
No comments:
Post a Comment