Hari Ahad lepas kami ke Gemencheh melawat Syahmie yang belajar di MRSM di situ. Balik ke Kuala Lumpur agak lewat petang jugaklah. Kami semua belum makan tengah hari lagi (kecuali Ayah Atan). Jadi perut agak kelaparan jugaklah. Selepas berbincang, wife aku suggest kami makan kat suatu gerai yang menjadi tumpuan ramai di kawasan Pulau Sebang. Aku setuju. Nak jugak tau, apa yang menyebabkan ramai orang datang makan kat situ. Gerai Pulau Sebang ni terletak kira-kira 2 kilometer dari pintu masuk utama A-Famosa Resort.
|
Iklan gerai cendol yang popular. |
Bila kami sampai, kami nengok masih ada banyak jugak kereta yang parking kat situ. Maksudnya masih ada ramai lagi pelangganlah. Kami pun turun kereta mencari tempat duduk dan meja kosong. Setelah duduk, kami pun meminta pesanan makanan. Yang aku tahu, kat sini memang popular dengan cendolnya. Jadi aku dan isteri aku pun order-lah cendol, walaupun pada masa tu aku lebih teringin nak minum air panas. Tapi aku nak tau jugak sedap tak sedapnya cendol yang dijual. Kerana itulah juadah yang paling popular di sini. Masing-masing membuat order masing-masing. Aku yang kelaparan turut order nasi goreng kampung. Dan sementara menanti makanan siap dimasak, kami turut order keropok lekor goreng sebagai starter.
|
Atuk Atan dan Faiisal menanti pesanan sampai. |
|
Bersama Salleh yang turut serta dalam rombongan ini. |
|
Sementera menanti tiba nasi goreng yang dipesan. |
|
Faiisal dan bukit rimba. |
Tak lama kemudian, sampailah makanan yang kami pesan. Yeah! Nasi goreng kampungku telah sampai. Aku mula menjamah....Nyam nyam nyam. Okay. Masakannya tak mengancam langsung. Sedikit di bawah par. Keropok lekornya, biasa-biasa aje. Tetapi... cendolnya... Biar aku kisahkan dari segi rupa bentuk cendol tu dulu. Dari segi fizikalnya, cendol tu tak nampak menarik langsung. Isi cendol tu sendiri putus-putus dengan warna hijau yang tak menawan sanubari. Tetapi bila aku mencedok kuah cendol tu, terdengar kocakan air kuah cendol di dalam sudu yang sebegitu gemersik sekali. Itu belum rasa lagi tu. Bila aku rasa aje, aku hampir pitam menahan perasaan. Rasa cendolnya sangatlah... (Bersambung selepas iklan sabun basuh cap Kambing Hitam).
|
Okay, nasi dah sampai. Jom makan! |
|
Masing-masing sedang mengisi perut yang kosong dengan makanan. |
(Kita bersambung dari episod lepas). ...dan rasa cendolnya sangatlah enak! Bukan kuah dia yang enak. Tapi isi cendol tu sendiri yang sedap. Ia lembut, tak rasa esen, halus, suci, bagaikan menghirup cacing tanah yang telah dibasuh dengan sabun Dettol dan direndam dalam cecair pelembut Softlan. Korang pernah makan cacing yang macam tu? Memang macam tulah rasa isi cendolnya. Sebijik! Aku rasa itulah isi cendol paling sedap yang aku pernah makan. Nampak gayanya, gerai ni memang pakar buat cendol, tapi tak pakar buat masakan lain. Tak apalah. Janji ada satu kepakaran yang unik pun sudah memadai untuk melonjakkan tahap populariti gerai ini. Yang jugak agak best ialah, gerai ini terletak sebelah dusun durian yang aku rasa memang milik tuan kedai ni. Maka suasananya sangatlah aman damai, walaupun terletak di tepi jalan. Setelah makan dan minum, kami pun beredar dengan perasaan yang sangat puas.
|
Amier habis makan nasi goreng cina satu pinggan. |
|
Di dusun durian bersebelahan gerai. |
|
Buah durian banyak yang dah gugur. Kat pokok dah tak banyak buah. |
bagaikan menghirup cacing tanah yang telah dibasuh dengan sabun Dettol dan direndam dalam cecair pelembut Softlan... ?
ReplyDeleteHahahaha :D
Ada brannnn mau cuba?
Deletekalau tak tau asal-usul dia, brannn lah juga..
Deletebila dah tau, MANNN, tak brann dahhhh... hahaha :)
best baca ko punya blo mr adi
ReplyDeleteThanks Tuan Haji Jemi. Kalau aku berbasikal dengan tuan haji, bolehlah pulak tulis cerita pasal tuan haji kan?
Delete