Bahagian 2
Elin bertunang dengan Fai pada tengah hari Ahad lepas. Rombongan pihak lelaki yang dianggarkan seramai 15 orang tiba kira-kira jam 2 petang. Masa tu kami semua dah ready. Aku ingat siap nak buat palu kompang dan rebana ubi lagi. Tapi, eh, ini cuma bertunang. Bukan berkahwin lagi. Kalau berkahwin nanti barulah segala jenis gendang genderang akan kami palu. Aku, ayah Atan dan Abang Zai terus bergegas ke ruang atas rumah, tempat di mana rundingan dua penjuru akan diadakan. Kami bertiga menanti dengan sabar dan penuh debaran.
|
Kek red velvet bersulam cheese yang sangat sedap. |
|
Hantaran dari pihak perempuan. Sangat cantik. |
|
Menyusun hantaran dari pihak lelaki. |
|
Hantaran dari pihak lelaki yang sama-sama cantik. |
|
Hantaran yang cantik - pink colour! |
Kat ruang atas aku nengok segala barang hantaran telah dihias dan disusun dengan cantik sekali. Pelamin ringkasnya juga sangat indah terhias. Tak lama kemudian, masuk pulaklah bapa pengantin, Abang Zahid dan pakcik-pakcik Elin yang lain untuk berada di pihak perempuan. Dan sejurus itu jugak, perwakilan dari pihak lelaki juga masuk ke kamar rundingan yang taklah seluas mana tu. Setelah semua tetamu dan tuan rumah duduk, Ayah Atan pun memulakan bicara dengan penuh hemah dengan pertuturan yang kemas dan penuh santun. "Awak semua ni datang apa hajat? Kami ni semua macam blurrr-lah sikit, datang ramai-ramai bawak barang cantik-cantik ni, apa hal?" Ayah Atan tak adalah cakap macam tu. Itu kalau bagi bebudak remaja jadi perwakilan, macam tulah gayanya agaknya.
|
Ayah Atan memulakan bicara selaku wakil pihak perempuan. |
Wakil dari pihak lelaki pula terdiri dari orang muda yang agak straight forward gaya pertuturannya. "Faizuree nak bertunang dengan Aleeya. Apa macam? Ada setujuuuuu???" Lebih kurang macam tulah dia punya straight forward. Tak macam sesetengah perwakilan, siap dengan kias fansuri pelbagai. "Kami dengar cerita kat taman tuan ada bunga yang sedang berkembang. Harum wangi pulak tu. Ada bunga kaktus, ada bunga melor, ada juga bunga raya. Niat di hati nak bagi kat kumbang tanduk untuk menyunting kembang yang mekar kat taman tuan". Memang haru nak menjawab kalau macam ni punya kias.
|
Brader yang kiri pakai kupiah tu wakil pihak lelaki. Pertuturan yang very the clear dan straight forward. I like! |
Hajat pihak lelaki disambut dengan baik oleh kami. Maklumlah, pahala besar menyatukan dua insan ke gerbang perkahwinan. Dan bila dah kahwin pulak, separuh iman telah sempurna. Itu Nabi yang kata. Tiba-tiba wakil lelaki pun bertanya, "Apakah syarat-syaratnya?" Bila aku dengar aje soalan tu diajukan, aku yang kebetulan memang duduk bersebelahan betul dengan wakil lelaki tadi terus nak menjawab. Tapi Ayah Atan telah lebih dahulu memintas niat aku dengan berkata, "Hantarannya 12K serba satu". Eh, Ayah Atan tak cakap 12K rasanya. Dia cakap dua belas ribu ringgit Malaysia. "Dan tempoh pertunangannya kira-kira setahun". Itulah yang Ayah Atan katakan setelah berunding dengan bapa pengantin, Abang Zahid. Kedua-dua pihak nampaknya bersetuju sangat dengan segala syarat yang dinyatakan. Nasib baik bukan aku yang bagi syarat. Kalau tak mesti aku dah kata, "Syarat-syaratnya ialah, tujuh dulang kepala keretapi, tujuh dulang pankreas nyamuk aedes, tujuh dulang buah pinggang kuman rota virus, dan jeti memancing dari flat Ampang Mewah ke Kampung Jawa, Kelang".
|
Ibu Fai menyarungkan cincin ke jari manis Elin. |
|
Cincin telah disarungkan. |
Setelah rundingan selesai, ibu Faizuree pun menyarungkanlah cincin tunang ke jari manis tangan kanan Elin. Dan semua jurugambar termasuk aku pun menyibuklah nak ambil gambar yang sangat bersejarah ini. Sahlah Elin dan Fai kini bertunang disaksikan oleh ramai ahli keluarga dari kedua-dua pihak. Dan sejurus itu, Ayah Atan pun membacalah doa selamat dan doa makan, lantas menjemput para hadirin untuk menjamu selera di bahagian bawah rumah, di dalam khemah yang disediakan.
|
Cincin tunang yang tersarung rapi di jari Elin. |
|
Mengucup tangan bakal ibu mentua. |
|
Elin sangat ayu dan santun dalam posing ni. |
Sementara golongan bapa-bapa pergi turun makan, yang kaum ibu masih lagi kat atas bergambar sakan dengan pengantin. Fai yang sepanjang rundingan berada di bahagian bawah, kini telah naik ke atas untuk bergambar bersama-sama dengan Elin. Pakaian warna biru laut yang sedondon menampakkan kesepadanan antara mereka berdua. Aku pulak dari tadi sedang mengkenen kat kek hantaran yang nampak sedap tu. Bila aku nak terkam aje kek tu, tiba-tiba kaki aku telah ditangkap oleh Ardi dan Fai. Nasib baik mereka menangkap kaki aku dengan tangkas. Kalau tak, memang dah habis licin aku kerjakan kek yang enak tu. Dan tak merasalah korang makan kek red velvet bersulam cheese tu.
|
Sepupu Elin, Zila dan hubby turut tumpang sekaki. |
|
Bergambar bersama barang hantaran. |
|
Elin dan Fai. |
|
Fai senyum lebar sampai ke telinga. |
|
Sama cantik, sama padan. |
|
Elin dan Fai versi black and white pulak. |
|
Masih belum puas bergambar nampak gayanya. |
|
Ada orang call Fai, cakap tahniah agaknya. |
|
Lagi kaum kerabat menumpang bergambar. |
|
Cuba try pegang bunga pink colour pulak. |
|
Bersanding kejap. |
|
Abang Zahid selaku ayah pengantin, tak nak ketinggalan jugak. |
|
Sessi memotong kek yang tak sempat aku jamah. |
|
Kalau aku sempat makan habis kek ni, gambar ni tak akan wujud. He he he... |
|
Masa ni Fai baru bersiap-siap nak jumpa Elin kat ruang atas. Masih malu-malu tu. |
|
Berdoa selepas majlis selesai. |
|
Ayah Atan membacakan doa selamat. |
|
Bersama barang hantaran. |
|
Thaqif nak cuba rembat cincin. Tapi tinggal bekasnya aje. Cincin dah ada kat jari Kak Elin. |
Setelah upacara selesai, setelah semua tetamu berada di bawah, kami yang di atas lebih banyaklah ber-posing menangkap gambar dari segala sudut. Termasuklah dari sudut-sudut yang sukar seperti dari belakang pintu, dari hujung bumbung, dari tepi mangkuk tandas dan lain-lain sudut sukar bagi mendapatkan shot of the year dalam fotografi yang terbaik. Gambar-gambar banyak diambil oleh Taufik, Angah Nabiha dan Syakira jugak. Dan ada juga beberapa jurufoto yang lain turut menyumbangkan kemahiran mereka mengambil gambar. Majlis tunang ini berjalan dengan sangat simple tetapi sangat lancar.
|
Taufik mencari angle photo shoot yang terhebat alaf ini. |
|
Syakira sedang zoom in nak ambil gambar lubang hidung seseorang. |
No comments:
Post a Comment