m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 18, 2012

Mentor dan protege

Hari Ahad semalam aku buat sikit pembaharuan terhadap sessi tenis aku. Kali ni aku ajak dua orang anak buah aku yang kira belum pernah main tenis, Faiisal dan Hidayat. Tapi actually, Faiisal dulu pernah sekali test main tenis masa bulan Ramadhan dengan aku tahun sudah. Melihatkan pada minat mereka ketika menyaksikan French Open final baru-baru ni, maka aku terdetik nak melatih mereka sedikit sebanyak ilmu tenis yang aku ada.

Jam 7.30 pagi aku dah jemput Faiisal dan Hidayat dari rumah dan menghala ke Titiwangsa. Sesampai di court, kami buat regangan otot sikit dan terus aku bagi kuliah pasal tenis - sejarah permainan tenis, jenis-jenis reket tenis, jenis-jenis court tenis, jenis-jenis tournament di dunia, nama-nama pemain tenis lelaki dan perempuan yang tersohor di dunia, jenama-jenama perkakas tenis dan berapa harga mereka, kod dan etika pakaian tenis di dalam gelanggang, dan macam-macam lagilah dari segi teori. Dan ini saja mengambil masa kira-kira dekat tiga jam. Naik kebosanan anak-anak buahku.

Lepas tu baru buat praktikal. Mula-mula cara pegang reket tenis. Lepas tu barulah tunjuk cara nak pukul bola, cara nak lempar reket kalau kalah, cara nak berdebat dengan umpire kalau bola tenis tu macam masuk, tapi umpire kata keluar, serta cara nak buat servis ala-ala Shaolin Soccer. Lepas tu barulah aku suruh Faiisal dan Hidayat lawan aku kat gelanggang - dua lawan satu. Memanglah anak murid tak dapat kalahkah sifu, sebab awal-awal lagi aku dah pesan, "Kalau korang kalahkan Pak Usu, korang balik nanti jalan kaki!" Belum pun sejam kami main, iaitu kira-kira jam 8.45, hujan dah mulai turun lebat. Terpaksalah kami bungkus dan melepak kat kantin kejap. Ingatkan nak suruh Faiisal dan Hidayat nengok bebudak sekolah training tenis. Dari situ pun boleh nampak teknik pukulan dan footwork yang betul. Aku pun sendiri banyak belajar dari melihat budak-budak tu training.

Faiisal dan Hidayat aku ajar pegang reket tenis pakai eastern grip.
Memanglah perjalanan Faiisal dan Hidayat masih jauh untuk cemerlang dalam tenis. Dan aku pulak tak dapat luangkan masa yang banyak untuk train mereka, pasal aku sendiri pun nak jugak main tenis, sedangkan coaching tu agak membosankan. Tapi aku berharap anak-anak buah aku ni boleh cepat catch-up dan nanti kami boleh bermain seperti pro, saling berentap antara satu sama yang lain.

Ada satu perkara yang agak mengecewakan aku sebenarnya. Aku jugak ada booking satu lagi court dari jam 8 sampai 10 supaya aku boleh bermain dengan geng-geng tenis aku ketika anak-anak buah aku training sesama sendiri. Tapi ada problem-lah pulak kat sistem booking yang sedia ada ni, maka akhirnya aku terpaksa membenarkan satu kelompok geng tenis senior untuk menggunakan court yang telah aku booking. Dan aku pulak kena cari tarikh dan waktu lain. Letih! Tak apalah, mengalah kat orang tua.

Faiisal dan Hidayat kini telah bersedia nak pukul bola. Tak kiralah bola apa sekali pun, termasuk bola sepak!


No comments:

Post a Comment