m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 17, 2012

Selamat hari jadi untuk bulan enam

Pada hari Sabtu minggu lalu, ada buat kenduri tahlil kat rumah Kak Long wife aku. Selepas majlis tu kira-kira selesai, tiba-tiba terdampar sebuah kek berkilauan dengan warna merah strawberi dan cherry di tengah-tengah ruang tamu tanpa sesiapa berani mendekatinya. Tertulis pada kek itu ayat-ayat power seperti: Happy Birthday Amin 16th. Oleh kerana kami semua baru lepas meng-AMIN-kan doa yang dibaca sebelum itu, maka kami rumuskan bahawa kek itu adalah untuk habuan kami semua. Tapi sebelum kami sempat berbuat apa-apa, tiba-tiba datang seorang pemuda remaja mengakui bernama AMIN dan terus mengambil pisau Rambo lalu memotong kek tadi dengan tanpa emosi sekali. Dush dush dush!!! Dan kek yang tidak bersalah tadi terus terbelah dua.

Kek hari jadi misteri.
Dan seccara sepontan, kami pun menyanyilah lagu nasyid berjudul "Allah Selamatkan Kamu". Tak berpuas hati kerana Amin berjaya memotong kek bersendirian, maka ada pulak yang lain-lain dari kelompok kami telah turut mengambil giliran untuk masing-masing memotong kek tersebut berulang kali. Dan lagu nasyid yang sama terus dinyanyikan berulang-ulang kali tanpa jemu sehingga menjadi lagu hit di carta radio Hot FM pada malam itu.

Amin gembira pasal kek tu tertulis namanya dengan besar.
Amin merodok bilah pisau ke dada kek tanpa belas.
Amin masih gembira dapat kek hari jadi.
Bila kek telah tepotong, barulah kami beramai-ramai mula menjamahnya tanpa segan silu. Dan sessi bergambar pun diadakan secara beramai-ramai untuk memperingati peristiwa kek dipotong di ruang tamu oleh ramai manusia. Setelah kek dipotong dan dijamah, wajah-wajah para tetamu mula melakarkan senyuman lebar tanda kepuasan. Orang terakhir yang memotong kek pada malam itu ialah Pak Uda Zahid. Mungkin pada bulan depan, akan diadakan acara memotong getah pulak. Maka bersiap sedialah masing-masing memakai gadget yang sesuai untuk acara itu.

Semua orang jadi ceria.
Elin ke yang beli kek tu?
Para panel penilai yang memberi markah kepada pemotong kek yang paling kreatif.
Wajah-wajah ceria pada malam pemotongan kek.
Menyambut hari lahir beramai-ramai.
Ramainya yang lahir pada bulan Jun, ya?
Tukang ambil gambar dah tak sabar nak makan kek bersalut buah-buahan tu.
Ok, pisau masih di tangan Elin nampak gayanya.
Lebih ramai lebih meriah.
Isteriku bersama Kak Long, Kak Uda dan Zila.
Kaum bapa tak mau ketinggalan dalam acara potong kek ni.
Pak Uda Zahid dan kek yang telah dipotong.

No comments:

Post a Comment