Kali pertama aku melalui acara gemilang bergraduasi ialah selepas aku tamat belajar selama empat setengah tahun membuat Bachelor of Sciences in Architecture di University of Nebraska, Lincoln pada tahun 1986 (atau 1987, aku pun tak ingat). Masa tu tengah musim panas atau orang putih panggil summer. Graduate musim summer ni macam tak berapa glamer-lah. Banyak orang bercuti, suasana tak meriah. Malah lagu iringan ketika kami ambil sijil ijazah pun tak sehebat ketika kawan-kawan aku yang senior bergraduasi. Aaaahhh... Tak kisahlah tu. Janji dah habis belajar dan boleh balik Malaysia tanam kacang.
|
Dewan konvokesyen yang agak lengang. |
|
Aku tengah ambil ijazah. Hoorrreyyy!!! Aku telah berjaya!!! |
Aku ni masa kat Amerika memang selekeh habis. Pergi kelas pakai selipar jepun jamban, baju serabai. Malah masa nak graduate pun aku masih lagi selekeh. Meh aku kisahkan sikit apa yang terjadi sebelum aku naik pentas angkat itu ijazah.
Petang sebelum tu aku basuh kasut. Pasal aku cuma ada satu kasut aje untuk dipakai. Itulah kasut jalan, itulah kasut main tenis, itu jugaklah kasut yang akan aku gunakan untuk graduate. Itulah kasut sport Adidas yang dah berlubang pasal kerap benar aku main tenis kat sana. Kalau tak dibasuh, nanti terlalu kotor. Jadi aku basuh jugaklah walaupun aku tau belum tentu kasut tu sempat kering pada waktu malam. Memang betul pun. Kasut yang aku basuh tu masih lencun lagi. But what to do. Kena pakai jugaklah. Takkan nak pakai selipar jepun kot.
Masa aku ambil jubah dengan topi, aku langsung tak test pakai. Main ambil dan cabut je. Nasib baiklah jubah tu muat. Tapi tang topi tu..... Alahai, macam nak tergolek dog bila aku letakkan atas kepala aku yang lebih besar dari kepala mat saleh. Tertenggek ajelah topi tu bila dipakai. Aaaahhh... pedulikan aje. Bukannya ada orang-orang kenamaan nak datang nengok aku. So, aku pun happy ajelah pakai topi kecik tu. Masa pagi hari konvokesyen tu, aku sebenarnya bangun agak terlambat sikit. Kelam kabut mandi dan drive dengan laju (selaju 388 km/jam) di bandar Lincoln untuk sampai ke tempat tujuan. Nasib baik masih sempat beratur ikut giliran.
|
Tengoklah topi aku yang senget tu. Tak macho langsung. |
|
Aku dan Chaan, dan kasut Adidas ku yang koyak dan basah. |
Walaupun dewan konvokesyen agak lengang, tapi teman-teman kami yang senior dan junior turut datang menengok kami ambil ijazah. Kami bergambar kenangan sebelum beredar. Aku dah tak sambung buat Master. Jadi lepas ni memang aku kena baliklah. Ada jugak kengkawan aku yang sambung Master. Jadi mereka melepak lagi dua tahunlah kat sana. Aku pun tak ingat aku buat apa lepas graduate. Yang aku tahu kemungkinan besar aku masih main tenis dan masih pergi mancing kat tasik-tasik di Lincoln dan sekitarannya. Lepas tu baru aku balik kampung. Bye-bye Nebraska. Ada rezeki aku datang lagi. Kali ni dengan anak beranak aku sekali.
|
Nasa Din, Mazlan, aku, Dato' Dr Prof Noorazlan Ghazali, dan housemate aku orang Sabah yang aku dah lupa nama dia. Teruk betul aku! |
|
Antara yang ada kat gambar: Mahzan, Badri, Mali, Azlan, Amba, Aziz, Raja, Azman, Bakar dan Saiful. Yang aku tak sebut tu maknanya aku tak ingat namalah. |
|
Bergambar dengan teman-teman seperjuangan. |
|
Bergambar dengan Mr Robert Duncan. Kengkawan aku yang lain dalam gambar ni sambung buat Master. |
|
Antara kengkawan graduan kat sini dah jadi orang-orang yang hebat. Aku jer yang tak berapa nak hebat. |
No comments:
Post a Comment