m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 19, 2012

Makan-makan di Keliang: Mari makan sampai pecah perut

Tiba-tiba aku dapat sms dari Kak Long isteriku menyatakan yang salah sorang kakak iparku nak adakan tahlil dan makan-makan kat tempat makan yang diusahakan oleh beliau dan suaminya. Jemputan itu akan diadakan pada time asar. Lalu aku anak beranak pun berangkatlah ke Keliang (tempat kakak iparku), kira-kira jam empat petang lebih.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Keliang taklah jauh sangat. Keliang terletak kat utara negeri Selangor. Keluar ikut Exit Tanjung Malim. Lepas bayar tol, pergi straight sampai jumpa simpang tiga. Ada traffic light. Lampu traffic light tu asyik tukar-tukar colour aje. Dah ramai orang komplen, tapi tiada tindakan yang diambil. Jadi, kalau dia keluar warna hijau, jalanlah. Kalau warna merah, berhentilah. Kalau keluar warna kuning, tekan minyak laaaaahhhh!!! Dari traffic light, belok kanan. Jangan belok kiri - itu menghala ke Tanjung Malim. Kira-kira dalam satu hingga tiga kilometer dari simpang tadi, standby nengok belah kiri. Kalau nampak khemah dengan bendera dan lampu-lampu tu, betullah itu tempat dia. Terpampang nama "Kalumpang Grill & Steamboat". Itulah nama kedai makan tu. Dan bolehlah anda parking kereta kat padang sebelah dia.

Inilah tempat makan yang kami pergi tu. Milik kakak ipar aku dan suaminya.
Sesampainya di sana, kami terus dijamu dengan durian kampung yang sedap sekali rasanya. Maka kami kongsi-kongsilah makan sebiji empat orang. Lepas tu makan kek harijadi pulak. Tak taulah aku hari jadi siapa pulak kali ni. Lepas makan kek, barulah makan steamboat dia. Kita ada pilihan, sama ada nak makan steamboat atau bakar aje. Aku minat bakar. Bahan-bahan mentah seperti daging, ayam, sotong, kepah, kerang dan sosej ada tersimpan dalam freezer. Cuma perlu pilih dan ambil. Pelbagai jenis bebola turut disediakan untuk dimakan bersama kuah sup biasa atau sup tomyam. Ada bebola ikan, bebola udang, bebola ketam, bebola sotong, bebola tapak sulaiman, bebola ikan lumba-lumba, bebola sepak takraw dan tak ketinggalan bebola bowling. Semua boleh diambil sebanyak mungkin, dimasak sendiri, dan dimakan ramai-ramai. Ambil dan makanlah sampai kenyang dan meletup perut. Asalkan jangan bungkus bawak balik atau dibazirkan. Kalau tak salah aku ada penalti kalau kita membazir kot. Satu kepala kena bayar RM20. Boleh duduk dari subuh sampai tahajjud. Aku tak sure bukak pukul perapa, tapi tutup jam 12 malam.

Makanan muqadimah ialah durian.
Wanie suka makan durian. Hari-hari Wanie makan durian.
Memasak dengan ceria, sambil makan.
Kami sampai agak awal, dan terus makan. Lepas tu kami dah tak ulang makan lagi. Banyak pelanggan yang datang selepas solat maghrib. Ramai jugak aku nengok pelanggan yang berpusu-pusu mendapatkan makanan steamboat yang hebat ini. Aku punya personal favourite ialah ayam, daging dan sotong bakar. Mmmmmm... memang sangat lazat bila dibakar sendiri dan dimakan panas-panas. Lebih-lebih lagi kalau makan tu bolot sorang-sorang, tak share dengan orang lain. Lagilah best!

Boleh grill, boleh steambot. Dua-dua enak!
Suraya dan Kak Long isteriku.
Adik beradik Yaya dan Ika.
Taufik dan Faridz tak dapat berhenti dari terus mengunyah makanan.
Wanie suka makan kepah. Hari-hari Wanie makan kepah.
Masak ketam stick pulak dalam sup tomyam.
Selain bahan-bahan mentah untuk steamboat, ada jugak disediakan nasi putih dan nasi goreng. Ada kuih muih jugak, dan buah-buahan. Air juga disediakan seperti air tebu, air kordial hajat, dan air teh-o. Air suam pun ada jugak. Kalau nak air special kena order. Mungkin kena bayar extra kot. Selain dari menu tadi, ada juga dijual ayam penyet. Itu pun kena order jugaklah. Aku makan sampai puas. Tapi pada masa yang sama ada unsur-unsur segan jugak nak makan terlalu banyak, pasal kakak ipar aku ni dah selalu benar belanja kitorang makan macam-macam. Jadi aku makan pun kira ala kadar jugaklah.

Makanan pencuci mulut. Macam-macam jenis.
Abang iparku yang muda.
Ayahanda Atan.
Kak Saba dan Kak Piah, sedang menikmati juadah.
Shahira dan Kak Esah. Durian tu terlalu sedap, kulit dia pun sedap dimakan.
Tuan punya kedai makan, kakak iparku.
Dua orang lagi kakak ipar aku, Kak Timah dan Kak Uda.
Biras aku yang super cool, Abang Zahid sedang test durian jenis Gorilla King.
Taufik dan Abby dah terlalu kenyang sampai tak boleh nak bergerak langsung.
Saiful dan adiknya Adam.
Dah sudah makan, duduklah bersantai.
Syura dan Yaya gembira pasal dapat makan free. Kalau kena bayar, mereka takkan gembira macam ni.
Mak Uda baru nak makan.
Iparku Abang Khalid mengupas durian menggunakan kuku jari kelingkingnya saja. Hebat!
Bila dah habis makan tu, apa lagi, bayarlah! Satu kepala RM20. Bebudak, aku tak tau pulak dia kira macam mana. Tukang cashier ada kat tepi gerai. Jangan malu-malu nak bayar. Tapi masa kami makan memang free-lah. Basuh pinggan pun tak payah. Datanglah beramai-ramai ke Kalumpang Grill & Steambot. Kira-kira sejam aje perjalanan dari KL. Tapi kalau naik kapalterbang, tak sampai lima minit dah sampai. Yang lambatnya cuma perjalanan nak pergi airport dan naik teksi nak pergi ke Keliang. Cubalah! Berbaloi mencuba!

Waaah!!! Ramai betul orang beratur nak bayar lepas makan. Cashier cilik berkata, "Adik kayo!! Adik kayo!!!"

1 comment:

  1. assalam...ade no tepon kedai mkn nie x??bulan puasa bukak kn??

    ReplyDelete