Hari Khamis lepas kami bertahlil lagi. Kali ni di rumah Mak Anjang pulak kat Gombak. Yang hadir semuanya kaum keluarga aje. Majlis patut bermula lepas isyak. Tapi masa tu aku tengah banyak kerja kat ofis. Aku dah pesan awal kat wife aku. Jadi wife aku, Amier dan mak aku telah pergi lebih awal dengan kakak ipar aku ke rumah Mak Anjang. Masa tu aku tengah berhempas pulas menghadap komputer nak menyudahkan kerja ofis yang deadline-nya hari Jumaat. Bila dah habis kerja kira-kira jam sepuluh malam, barulah aku balik ke rumah ambil Syahmie dan Wanie. Jadi, aku sampai kat rumah Mak Anjang dekat jam sebelas malam jugaklah.
|
Wanie dan Syahmie terus menyambar bihun goreng yang terhidang. |
Semua orang dah makan. Aku aje yang belum makan. Dan perut aku memang tengah lapar ya amat masa tu. Sesampai aje kat rumah Mak Anjang, tak sempat bagi salam, tak sempat berjabat tangan, tak sempat tanya khabar, aku terus menerpa ke arah makanan yang masih terhidang kat meja depan. Nyomp nyomp nyomp... lahap sungguh aku kunyah bihun goreng yang ada banyak udang kat dalam dia. Bertambah-tambah aku makan. Dah agak-agak macam kenyang sikit, barulah aku menyapa kerabat-kerabat kat sekeliling aku. Ish ish ish. Tak elok betul buat macam tu kan? Okaylah rewind balik. Aku sampai rumah Mak Anjang, aku bersalam-salaman, Mak Anjang jemput makan. Barulah aku makan dengan sangat sopannya. Selain bihun goreng, ada jugak bubur kacang bersulam dengan pengat pisang. First time aku jumpa menu gabungan yang macam ni. Memang sedap sungguh.
|
Syafiq mendukung Thaqif. |
|
Kois dan Pak Long Zai. |
Sementara aku masih melayan kehendak perut aku, adik-beradik wife aku tengah mengadakan mesyuarat sikit pasal keluarga. Termasuklah soal ayah mentuaku nak pergi mengerjakan haji tahun ni. Butir mesyuarat tu aku pun tak berapa tahu sangat, pasal aku tak tumpang dengar pulak. Apa-apa pun bermesyuarat tu memang sunnah Nabi. Apa-apa hal memang wajar diputuskan dalam mesyuarat. Barulah berkat.
|
Mak Long sedang memperkatakan sesuatu ketika sessi mesyuarat. Isteriku memerhati. |
|
Mak Nyah dan Mak Long dalam mesyuarat. |
|
Pak Andak dan Pakcik Karim. |
|
Mak Anjang mendengarkan perbualan dalam mesyuarat. |
Aku pulak, lepas makan, sibuk join anak-anak buah bercerita pasal macam-macam hal yang berunsurkan keremajaan, seperti kisah penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, cerita pasal kaedah menyemai benih padi cara tradisional dan ada sedikit menyentuh soal perlaksanaan menggunakan Bahasa Melayu dalam pejabat dan surat-menyurat rasmi.
Tiba-tiba aku ternampak kaki Nana berbalut penuh macam mummia. Aku ingatkan terkehel pasal main bola sepak sempena Piala Eropah yang sedang berlangsung sekarang ni. Rupanya accident jatuh motor. Alamak! Kalau cakap pasal motor, sampai sekarang ni pun aku tak reti-reti nak bawak motor. Sebab tu aku tak ada lesen motor. Satu-satunya motor yang aku boleh bawak ialah motor-kar. Lain-lain motor, sorry.
|
Nana dan kakinya yang terbalut bak mummia Mesir. |
|
Amier dengan aksi speselnya. |
|
Masih lagi beraksi bak model. |
|
Salleh terlalu letih dan tertidur dekat Pak Long. |
|
Norin dan Makcik Saba. |
Anak-anak remaja lebih santai melepak kat luar rumah, berbumbungkan langit, berdindingkan angin. Nyaman sikit duduk kat luar, walaupun agak gelap. Abang-abang sepupu sibuk mengajar Thaqif cara-cara nak membawa motor. Termasuklah cara nak buat lap, nak buat wheelie, buat superman dan macam-macam lagi aksi superhero menggunakan motorsikal. Thaqif nampaknya sangat berkenan dan teruja dengan ajaran abang-abang sepupunya. Sempat jugak dia bawak motor sorang-sorang sampai KLCC, lepas tu balik ke Gombak balik. Yalaaaahhhh.... tapi cuma menggunakan imaginasi dia aje... Bukan bawak motor betul-betul.
|
Syafiq dan Ali. |
|
Thaqif tengah test power dengan Faridz. |
|
"Meh biar Thaqif bawak sendiri pulak," kata Thaqif kepada abang-abang sepupunya. |
|
"Eh eh! Helmet jangan lupa pakai," pesan abang-abang sepupu Thaqif. |
|
Thaqif dan Abby. |
|
Intan tak nak ketinggalan. Dia pun nak cuba test power motor berkuasa tinggi, setinggi Bukit Semanggol. |
|
Faridz dan Amin. |
|
Kois terus high bila terhidu aroma daun kari yang sangat subur hidup di perkarangan rumahnya. |
Aku pulak sempat memasang joran memancing kat parit tepi rumah. Manalah tau, kot-kot boleh bawak naik toman sepesar peha, atau sebarau sebesar lengan Undertaker. Tapi setelah berjam-jam menunggu, tak ada pulak ikan yang sudi menjamah umpan yang dihulur. Tali ku simpan balik dalam kekili. Tak merasalah korang makan ikan bakar fresh malam tu.
|
Longkang, parit, baldi, lopak, asal ada air aje, kat situ aku akan pergi pancing. |
|
Alamak! Tak ada ikan nak makan umpan daaa... |
|
Seronok kumpul ramai-ramai macam ni. |
Kami pulang ke rumah kira-kira jam dua belas malam. Kami semua dah agak letih. Bersalam-salaman dengan semua orang sebelum mengucapkan selamat pulang. Cuma Amier aje yang menangis-nangis tak nak balik pasal dia baru aje nak start main Play Station. Tadinya dia dok tengok abang dan kakak main. Time dia nak main, kami pulak nak balik. Puas pujuk dia supaya dia tak terus melalak. Akhirnya dia setuju jugak untuk balik. Lain masa kita datang lagi, okay? Selamat malam semua.
|
Nabiha, Siti dan Fakehah. |
|
Bebudak kecil bermain PS2. |
No comments:
Post a Comment