Pada Ahad semalam, selepas zuhur, kami mengadakan kenduri tahlil kat rumah Ayah mentuaku di Cheras. Flat milik DBKL tu taklah besar mana, jadi kami semua bertahlil kat koridor. Siap bentang tikar panjang kat laluan koridor. Tapi kat sinilah yang nyamannya, pasal angin banyak yang bertiup dingin, sampai naik lentok kepala aku masa angin sepoi-sepoi bahasa Tamil tu berhembus kat muka aku.
|
Empat sekawan yang sangat serasi. |
|
Masing-masing dengan gayanya tersendiri. |
Selain ahli keluarga, kami turut menjemput jiran-jiran sekitar flat untuk bertahlil bersama kami. Ada dalam sepuluh orang kot jiran-jiran flat yang datang meraikan majlis kami. Lepas bertahlil, Ayah Atan pun mempersilakan para tetamu makan tengahari. Menu pada siang tu ialah nasi beriyani kambing dan ayam. Dessert-nya ada bubur kacang perasa durian, ada kuih muih, ada buah-buahan tempatan dan overseas, ada kacang goreng dan segala macam makanan yang menghiburkan para tetamu. Dan kami pun makanlah dengan bersungguh-sungguh seperti nak ambil peperiksaan SPM subjek Matematik Tambahan.
|
Sementara menanti tetamu dan jiran-jiran datang. |
|
Berbual soal macam-macam hal. |
|
Para tetamu sedang mengambil makanan untuk dimakan, bukan untuk ditengok sahaja. |
|
Juadah yang dihidangkan memang menyelerakan. |
|
Nasi beriyani satu! |
Para tetamu nampaknya sangat enjoy ketika makan. Dan kami semua tumpang gembira melihat para tetamu gembira. Tetapi ada jugak yang tak makan nasi pasal diet atau dah kenyang. Tak kisahlah tu. Masing-masing punya tembolok dan kehendak.
|
Anak-anak buah lelaki yang tampan, macho, bergaya, ranggi, stylo dan hensem. Yang terhangat di pasaran. |
|
Giliran Pak Long Zai pulak nak makan. |
|
Senyum dulu, baru makan. Barulah makanan terasa lebih sedap. |
Seperti dijangka, selepas habis majlis, masih banyak lagi makanan yang tak termakan dek orang ramai. Maka para makcik, anak-anak saudara perempuan dan Faridz pun tolong menolonglah membungkus makanan dalam plastik untuk dibawa pulang oleh keluarga masing-masing. Banyak jugak habuan yang kami perolehi dari kenduri tadi.
|
Faridz membantu membungkus makanan untuk diagih-agihkan kepada ahli keluarga dan jiran-jiran. |
|
Banyak makanan yang perlu dibungkus. |
|
Ika, Elin dan Huda turut membantu. |
|
Satu keluarga satu bungkus. |
|
Semua tray makanan dah clear. |
Anak-anak buah lelaki berganding-ganding mengemas rumah sampai bersih licin berkilat sebelum meninggalkan rumah flat. Semua bermuafakat dan sehati menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan. Aku sekeluarga balik kira-kira dekat jam enam petang. Masa tu memang masih belum siap kemas sepenuhnya. Tapi kira dalam 70 peratus kerja mengemas telah beres. Rajin betul semua orang. Terima kasih kami ucapkan.
|
Lepas ni kena buat kerja. Mesti senyum selalu. |
|
Thaqif dan Abby - sepupu besar dan sepupu kecil. |
|
Faiisal meminum air sambil menengok sekolah rendah lamanya yang terletak di depan flat. |
|
Amier dan geng kamcingnya, Mukamil. |
|
Wanie dan Suraya menengok gambar-gambar yang mereka ambil. |
|
Berehat selepas makan. |
Ini ada satu berita tambahan. Sebelum majlis berlangsung, kakak isteriku, Kak Uda telah bersemangat nak buat teh halia yang tersedap di dunia. Lalu Kak Uda telah membeli satu tan halia tua untuk dikisar dan diadun menjadi ramuan rahsia menghasilkan teh halia terulung itu. Ya, semangat Kak Uda memang memuncak sekali untuk menjamu para hadirin dan hadirat dengan teh halia berperisa uniknya itu. Tapi Kak Uda tak pulak mengumumkan hasrat murninya ini kepada ahli keluarga yang lain. Tak apa, yang penting hasrat murni Kak Uda tu perlulah dihargai. Tiba-tiba sebelum kami balik, Kak Uda membuka beg hikmatnya yang macam poket Doraemon dan mengeluarkan berketul-ketul biji halia. "Nah, sorang ambil seketul", kata kak Uda kepada ahli keluarga seluruhnya. "Lepas ni korang pandai-pandailah buat teh halia sendiri-sendiri, ya?" Alamak! Nampaknya Kak Uda tak sempat melaksanakan hasrat murninya itu. Kak Uda terlalu sibuk sampai tak sempat buat teh halia. Kempunanlah kami tak dapat minum air teh halia hasil air tangan Kak Uda. Aku dah nak masuk gua Batu Belah Batu Bertangkup pasal kempunan. Tak apalah. Next time kalau ada kenduri lagi, Kak Uda tolong buatkan teh halia kaw-kaw punya ya? He he he...
|
Wanie bersama halia tua pemberian Mak Uda yang menjadi saksi. |
Kak Peah & Faiisal masih tinggal kat situ ke? Sebab Pak Atan dah tinggal di rumah Kak Esah di Greenwood kan?
ReplyDeleteMereka dah duduk rumah lain pada masa ni.
Delete