Hari Sabtu sebelah malam, kami lawat Ayah Atan kat flat di Cheras. Dia duduk sorang-sorang kat situ. Siangnya, dia menziarahi kubur Arwah Bonda Rahmah dan turut singgah di kawasan Menara Tinjau Ampang dengan anak-anak lelakinya yang lain sebelum pulang ke flat. Malam tu kami ajaklah Ayah Atan makan kat luar, kat Taman Tenaga. Kami nampak satu gerai yang macam menarik. Nama gerai tu ialah End Lot. Kami masa tu tengah tak lapar sangat. Tapi dah time makan, maka kami makanlah jugak. Kami order nasi goreng dan sup. Tempatnya memang cantik terhias, tapi makanannya biasa-biasa aje. Lebih-lebih lagi bila makan waktu tengah kenyang, mestilah tak terasa nikmat makan tu sendiri.
Menunggu makanan dengan sabar. |
Tempat ni memang agak cozy. |
Amier kebosanan. |
Selepas makan, kami balik kat flat hantar Ayah Atan. Lepas tu kami pun balik. Malam nanti ada bola Spain lawan France. Kalau larat memang aku nak tengok. Kalau tak larat, pedulikan dia ajelah. Lagi pun esok paginya aku kena bangun awal pasal nak main tenis dengan anak-anak buah.
Jom kita makan! |
Aku share makan dengan Wanie, isteriku share makan dengan ayahnya. Amier makan sorang-sorang. |
Dah kenyang. Masih tersisa sedikit makanan dalam pinggan Amier. |
No comments:
Post a Comment