Sejak Bonda Rahmah meninggalkan kami semua pada 1 Jun lalu, kami anak-beranak mengambil giliran mengadakan tahlil di rumah kami dari minggu ke minggu. Pada hari Jumaat lalu, giliran aku dan isteriku pulak buat kenduri tahlil. Tapi kami putuskan untuk tidak buat di rumah, sebaliknya buat di surau qariah kami yang berdekatan. Plan asal nak buat malam Jumaat, baca Yaasiiiiiin dan terus tahlil. Lepas isyak jamu jemaah makan. Tapi kebetulan pada hari tu dah ada ahli jemaah yang lain yang nak menjamu para jemaah. Maka terpaksalah kami tunda ke hari esoknya.
|
Wanie dan Intan - sepupu dan sahabat karib. |
|
Cik Ika, Puan Nadia dan Puan Huda. |
|
Baru selesai makan berjemaah. |
Pada malam hari Jumaat tu pulak kebetulan ada kuliah agama. Jadi, siapa yang datang awal tu bolehlah duduk dalam kuliah agama dulu. Kami cuma menjamu nasi lemak berlauk ayam goreng rempah aje kat jemaah. Siap bungkus dalam bekas plastik. Lepas isyak boleh ambil sorang satu. Ibu aku jadi ketua bahagian memasak. Penat aku nengok mak aku bekerja menyediakan juadah, walaupun telah dibantu oleh beberapa orang yang lain termasuk aku.
|
Menikmati kehebatan nasi lemak beras basmathi. Panjaaaaaaaaang..... |
|
Syura dan Suraya - dua adik beradik. |
Lepas solat isyak berjemaah, imam pun mulalah bertahlil. Ringkas sungguh tahlil malam tu pasal solat isyak pun agak lewat, nak tunggu kuliah habis. Bila dah sudah tahlil, barulah tok siak bagi bungkusan nasi lemak sorang satu kat para jemaah untuk dibawa pulang. Dan kami, kaum keluarga makan terus kat bahagian luar surau tu, sampai jam sepuluh malam. Dah sudah makan dan bersembang lebih kurang, barulah kami berangkat pulang. Lepas ni kami akan berkumpul di Keliang pulak. Ikuti blog selanjutnya.
|
Amier sedang makan dengan sepupu dan sahabat baiknya - Salleh. |
|
Hairi mendukung anaknya Adrian. |
|
Masih menjamu selera. |
|
Sedang makan. |
No comments:
Post a Comment