Jumaat, 1 hb Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433, ibu mentuaku Bonda Rahmah Sulong telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Ampang Puteri sekitar waktu asar. Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumah kakak iparku di Ampang. Pengurusan jenazah telah dilaksanakan di Masjid Bukit Indah pada hari Sabtu esoknya. Dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Kosas, tanah perkuburan yang sama di mana anak sulung kami telah dikebumikan kira-kira 14 tahun dulu.
Blog entry kali ni sengaja aku singkatkan kerana tak mampu rasanya untuk aku membutirkan kisah yang tersirat. Ayahanda Atan berkali-kali mengingatkan kami, "Kita ni hak Allah. Segala apa disekeliling kita ni pun hak Allah. Terpulang kepada Allah-lah untuk menentukan BILA segala pinjaman yang diberikan akan diambil kembali". Semoga roh Bonda sentiasa berada di kalangan para roh insan-insan solehah. Al-Fatehah.
Di Masjid Bukit Indah menanti jenazah dimandi dan dikafankan. |
Ayahku dan anak buahku, Farid turut menziarahi. |
Objek dan bayang-bayang. Sekadar renungan. |
Cucu-cucu berkumpul menghampiri Atuk Atan. |
Atuk Atan bertazkirah kepada cucu-cucunya. |
Ipar-ipar dan biras-birasku menanti jenazah siap diuruskan. |
Bertazkirah sesama sendiri. |
Sahutlah azan bila ia berkumandang. |
Saiful melayan adik-adiknya. |
Siap dimandi dan dikafankan. Akan dibawa ke ruang solat untuk disolatkan. |
Mengebumikan jenazah. |
Suasana sugul menyelubungi kami. |
Mengambus jenazah. |
Imam sedang membaca talkin buat halwa telinga yang masih hidup. |
Antara cucu-cucu Allahyarhamah Bonda yang hadir menziarahi. |
Selesai dibacakan talkin dan bertahlil. |
Menyiram pusara dan menabur bunga di atasnya. |
Kois dan Saleh menyiram kubur. |
Abang Long turut hadir menziarahi bonda saudaranya. |
Abang Zahid dan Elin. |
Amin dan Syahmie. |
Pusara Bonda. |
No comments:
Post a Comment