Bahagian 1
Elin dijadualkan bertunang dengan Fai pada hari Ahad lepas. Walaupun kami masih berkabung kerana pemergian Bonda / Nenda tersayang, majlis terpaksa diteruskan. Kami telah dimaklumkan oleh Kak Uda yang majlis akan bermula pada jam 11 pagi. Tapi waktu tu keadaan isteriku masih lemah. Jadi kami cuma bertolak ke rumah Kak Uda kira-kira jam 12 tengah hari dari rumah kami. Sesampainya di sana, majlis belum lagi bermula rupanya. Kami ingatkan kami dah lambat. Rupanya ada sedikit penundaan waktu di pihak lelaki. Kami okay aje. Makna kata, kami masih belum terlepas apa-apa lagi.
|
Lolipop cokelat yang kreatif. |
|
Wanie kalau dah makan dia akan selalu happy. Macam sekarang ni. |
|
Yaya mendukung Sofia. |
Waktu tu kaum keluarga semua tengah makan. Kami makan awal sikit dari para tetamu. Jadi masa tetamu tengah makan, kami tak perlulah sibuk-sibuk nak tumpang makan sekaki. Siapa yang dah makan terus bergegas buat kerja apa-apa yang patut. Suasana macam nilah yang aku suka nengok. Semua ahli keluarga dari pakcik makcik sampai ke anak-anak saudara bergotong-royong menjayakan majlis. Masing-masing ada peranan masing-masing. Yang kakak-kakak tolong jaga adik-adik kecil. Yang baya-baya Amier, tolong main ajelah. Bagi suasana tu meriah sikit.
|
Time untuk makan bagi Akid dan Faiisal. |
|
Hidayat, Ali dan Amin akan bekerja di belakang tabir. |
|
Pak Long Zai sabar menunggu tetamu datang. |
|
Abby dan Taufik. |
|
Baby Sofia dibawak ke hulu ke hilir oleh kakak-kakak yang geram dengan kecomelannya. |
Bila dah penat buat kerja, duduk bersembang kejap sambil minum kopi dan hisap rokok. Kumpul ramai-ramai macam ni memang best. Atuk Atan, bila berkesempatan akan bagi tazkirah pada kami semua. Dan kami pun mendengar dengan tekun. Kejap lagi rombongan lelaki akan sampai. Semua pembesar-pembesar negeri (termasuk aku) terpaksa bersiap-siap untuk menyambut para tetamu yang datang dari Kampung Jawa, Kelang nanti. Yeah! Kami sudah ready menunggu di sini!
|
Pak Uda sempat bergurau dengan Taufik, "Muka kau tak hensem. Muka Pak Uda lagi hensem. Ngeh ngeh ngeh!!!" |
|
Pakcik Karim dengan juara senyum - Thaqif. |
|
Atuk Atan cukup bersemangat kalau bercerita pasal agama. |
|
Ika, Makcik Saba dan Mak Tam mengalas perut sebelum tetamu tiba. |
|
Mak Long dan Mak Teh. |
|
Opah juga ada untuk menyaksikan cucunya bertunang. |
|
"Beginilah nasib diri ku yang malang, makan nasi kosong dengan ayam goreng jer... hu hu hu," kata Ika. |
|
Amier buat aksi gymnastik yang sangat mengerikan! |
No comments:
Post a Comment