m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 19, 2012

Snowcat nak beranak!

Snowcat bunting lagi. Bak kata orang Melayu, 'bunting pelamin'. Ada orang kata 'bunting pelanduk'. Kahwin-kahwin terus dapat anak. Perut Snowcat dah memboyot besar. Kandungannya dah cukup 9 bulan. Tunggu saat aje nak menimang cahaya mata yang baru. 


Snowcat sedang dibelai oleh Wanie.
Dari hari ke hari Snowcat nampak gelisah. Kerap kali Snowcat mengintai peluang untuk masuk ke dalam rumah. Dan bilik yang paling dihajatinya ialah bilik stor rak buku yang penuh dengan kitab-kitab lama milik ayah aku. Hujung minggu lepas bilik stor terbuka luas. Cepat-cepat Snowcat masuk. Kami panggil namanya berkali-kali suruh dia keluar. Tapi Snowcat diam membisu dan menyembunyikan dirinya di belakang buku-buku yang tersusun rapi di atas rak. Tak berganjak! Terpaksa aku alihkan buku-buku yang tersusun satu demi satu sampailah terlihat kelibat Snowcat yang masih berkeras enggan meninggalkan tempat itu. Kalau ikut teori aku, Snowcat barangkali mahu anak-anaknya dilahirkan dalam suasana ilmu. Lahir-lahir terus terdedah kepada buku. Snowcat mungkin berfikiran jauh, mahu anak-anaknya menjadi ahli akademik yang hebat satu hari nanti. Tapi kami tak dapat memenuhi kehendak Snowcat atas dasar-dasar keselamatan dan kebersihan.

Snowcat termenung memikirkan nasib anak-anaknya.
Inilah rak buku milik ayahku. Pilihan Snowcat untuk bersalin nanti.
Snowcat menyelinap di sebalik buku-buku ini.
Isteri aku lalu mendapat ilham untuk mengubahsuai kandang kucing sedia ada kepada flat dua tingkat. Tingkat bawah untuk anak-anak kucing sedia ada, dan tingkat atas sebagai bilik bersalin Snowcat. Kami dah sediakan tempat tu cukup cantik dan rapi, mengalahkan kehebatan Hospital Prince Court yang bertaraf 7 bintang tu! Tapi Snowcat masih tak nak beranak. Dia tak selesa dengan keselesaan yang diberikan. Jadi sampai hari ini Snowcat masih lagi membawa perutnya yang berat ke hulu dan ke hilir tanpa kenal erti lelah. Kami sendiri pun tak tahu bilakah tarikh keramat detik kelahiran putera puteri Snowcat yang baru. Kita tunggu dan lihat sajalah.

Rumah flat Snowcat dan anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment