Bahagian 8
Pagi-pagi lagi aku dah bersenam dengan pak Long, pak Uda dan Syahmie. Kami main sepak-sepak bola kat laman yang luas. Kejap aje berlari-lari anak, aku dah agak kepenatan. Lepas tu main badminton lagi. Sekadar nak mengeluarkan keringat jantan yang dah lama bermastautin dalam tubuh. Selepas sarapan, mak Nyah Ogie datang. Beliau memimpin kami untuk membuat senamrobik ala poco-poco. Yang kelakarnya, pak Long, pak Uda dan pak Andak yang tak pernah-pernah nak buat kerja-kerja macam ni pun join jugak. Akhirnya aku pun join dan diikuti oleh Kois. Rentak tarian kami ketika mencuba mengikut lagu memang sumbang habis. Hantam sajalah!
|
Memulakan langkah sumbang mengikut rentak lagu. |
|
Yang tak pernah join pun join. Termasuklah aku sendiri. |
|
Hafez menunjukkan skil menimbang bola tanpa menggunakan dacing. |
Setelah bersenamrobik, ada pulak acara sukaneka keluarga. Kami dibahagi kepada dua kumpulan. Sama kuat, sama hebat. Antara acara yang dipertandingkan ialah membaling piramid gelas/tin hingga roboh. Nampak macam mudah, tapi betapa ramainya peserta yang gagal menepati sasaran ketika melemparkan selipar ke arah piramid tadi. Balingan yang aku buat sendiri pun tersasar. Ada pusingan yang kami menang, dan ada jugak pusingan yang kami kalah. Memang seimbang.
|
Beratur untuk memulakan acara sukaneka. |
|
Ini ahli group aku yang sangat hebat. |
|
Mak Nyah Ogie memberikan arahan kepada para peserta. |
|
Acara menjatuhkan piramid tin. |
|
Yaya membuat balingan selipar. |
|
Balingan Ika tepat. Dua kali balingannya tepat. Bukan Ika yang hebat, tapi selipar tu yang hebat. (Selipar aku tu... he he) |
|
Akid marah pasal aku mengganggu konsentrasinya. Bila aku berlalu, Akid masih gagal membuat balingan yang tepat. He he he.. |
Acara berikutnya ialah menjunjung Maggi. Mula-mula kami ingat nak masak Maggi panas-panas, letak kat mangkuk dan bagi peserta junjung. Tapi takut kuah Maggi tu tumpah dan kena pulak kat muka peserta. Lalu kami tukar kepada Maggi mentah aje. Lebih mudah dan selamat. Persaingan yang ini group kami telah kalah pasal strategi kami salah.
|
Menjunjung Maggi. Menjunjung Maggi perasa kari lebih susah dari Maggi perasa ayam. Cuba teka kenapa? |
|
Nicha diiringi Nana ke garisan penamat. |
|
Amin secara selamba menjunjung Maggi. |
|
Akid suka Maggi. Hari-hari Akid makan Maggi. |
Sukaneka terakhir ialah musical chair. Dah lama giler aku tak main permainan ni. Last sekali aku main masa aku sekolah rendah agaknya. Tapi kali ini aku memberanikan diri untuk berentap merebut kerusi dengan anak-anak buah yang remaja dan bersemangat waja. Aku sebenarnya agak konfiden untuk sampai ke tahap final two. Tapi pada masa yang sama aku tak nak meragut keseronokan bermain permainan ini dari anak-anak kecil yang ceria. Jadi akupun kalahkan diri aku sendiri pada pusingan final four. Tapi geng remaja ni suka main tipu. Jalan kejap, brake. Jalan kejap, brake. Aku pun tak ingat siapa yang menang. Tapi itulah acara sukaneka terakhir pada pagi tu. Sangat menghibur dan memenatkan.
|
Bersiap sedia untuk acara finale-musical chair. |
|
Aku sampai level top four. Kira hebatlah untuk orang tua macam aku! |
No comments:
Post a Comment