Hari cuti baru lalu, aku anak beranak ke pusat tadika kakak ipar aku, Kidz Cabin. Kakak ipar aku lantik company bos aku sebagai perunding untuk buatkan drawing bangunan tadika tu yang pelan asalnya dah hilang entah ke mana. Tuan punya bangunan yang sewakan kat kakak ipar aku pun tak ada salinan pelan. Jadi tugas aku ialah untuk mengukur bangunan tu dan lukis balik untuk rekod Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Itu tugas mudah. Cuma makan masa sikitlah.
Kerja mengukur bangunan dimulakan. |
Kerja sketch pelan dan rupa bangunan, aku sendiri yang buat. Bab mengukur pulak, aku kerah tenaga dua orang anak buah wife aku, Ali dan Hidayat untuk tolong aku. Hidayat kejap aje dia dah faham apa benda yang perlu diukur untuk menyempurnakan sebuah lukisan teknikal. Aku jangka pada awalnya boleh selesai dalam masa yang singkat. Tapi bila buat kerja, makan beberapa jam jugaklah baru selesai. Segala sudut rumah kami ukur. Termasuklah mengukur pokok-pokok nan rendang, parit dan longkang yang mengalir air nan jernih, tingkap dan pintu yang terbuka nan luas, dan tak ketinggalan bumbung bangunan yang tinggi nan mencapai awan. Lepas siap kerja mengukur tu memang kira penat jugaklah. Lepas tu aku check balik lukisan aku, pening. Aku sendiri pun payah nak faham apa kebendanya yang aku sketch kat atas kertas. Aaaaahhhhh.... Hantam sajalah. Asal nanti lukis ada rupa bentuk rumah kira okaylah. Jangan pulak bila lukis keluar gambar gajah atau kapal terbang.
Longkangnya selebar sejengkal. |
Tinggi pokok sepelaung. |
Amier jadi kontraktor. |
Waaahhh... tinggi sangatlah dinding ni. |
Amier - safety first. Pakai helmet ketika bekerja. |
Perut Amier - 30 sm. |
"Patutlah sumbang, piano ni kurang 4 inci panjang", kata Ali. |
Nengok ada apa atas bumbung. Ada monyet sedang bermain. |
Sementara aku, Ali dan Hidayat buat kerja mengukur, isteri dan kakak iparku bersembang sambil mengemas ruang belajar. Anak-anak pulak sibuk bermain permainan yang memang banyak terdapat di pusat tadika tu. Ada main buaian, main pasir dan segala jenis toys untuk kanak-kanak. Amier lah yang paling enjoy sekali bila bermain di situ dengan Salleh, anak kakak ipar aku.
Buat istana pasir. |
Main buaian. |
Setelah habis kerja mengukur, kami mengambil sedikit masa untuk main piano. Masing-masing tunjuk skill masing-masing. Ali terer jugak main piano. Sedap jugak dia main. Hidayat baru nak belajar. Dia mungkin lebih berminat dengan gitar kot. Aku yang dah lama tak main piano mahupun keyboard memang mencari peluang untuk mempamerkan skill dengan memainkan lagu-lagu terhangat masa kini dengan sebegitu bersemangat sekali, sampaikan tercabut kunci-kunci piano tu. Terpaksa aku tampal balik pakai gam aje.
"Aku nak try main lagu Siti Nurhaliza lah", kata Hidayat. |
Setelah puas berehat, bersantai, main muzik, bermain dan mengukur, barulah kami beredar ke rumah kakak ipar aku kat Gombak pulak untuk menziarahi ibu mentuaku yang dah semakin sembuh selepas menjalani pembedahan usus tak berapa lama dulu. Amier yang sangat suka beriadah di Kidz Cabin bagaikan sukar untuk meninggalkan tempat itu. Tak apa. Lain kali kita datang lagi, dan Amier boleh main lagi kat situ.
Meh aku tunjukkan cara-cara nak main lagu ACDC. |
No comments:
Post a Comment