Dah lebih kurang tiga atau empat minggu aku tak turun ke gelanggang tenis. Ada minggu yang kami pergi bercuti. Ada minggu yang isteri aku terpaksa dimasukkan ke dalam wad hospital. Dan ada juga waktu untuk menguruskan Syamie untuk ke asrama penuh. Selera untuk main tenis aku pun tak macam selalu. Agak tawar untuk seketika.
Tapi pagi semalam aku agak lapang. Aku bercadang nak contact abang Hj Nordin nak ajak dia main tenis. Tapi belum pun sempat aku menghubungi abang Hj Nordin, abang Aziz dah terlebih dulu sms aku ajak main tenis kat Titiwangsa. Gembiranya aku. Aku sedar keperluan untuk bersenam kembali pasal paras gula aku pun dah menlonjak tinggi seolah-olah macam nak pecah rekod Olimpik. Awal pagi lagi aku dah sampai kat court. Dah tinggalkan tenis untuk seketika memang telah memberi kesan kepada rentak permainan aku. Dan lebih-lebih lagi menjadikan aku lebih cepat pancit pasal dah lama tak berlari-lari dan bersenam.
Bob dan anak sulung Syahwal yang bernama Hakim. |
Setelah membiasakan diri dengan gelanggang, barulah rentak hayunan reket dapat disepadankan dengan rentak lantunan bola. Aku sempat main tiga set. Kalah dua set dan menang set ketiga ketika berpasangan dengan Foong. Rupa-rupanya kengkawan aku yang main tenis semalam pun dah lama tak main tenis jugak kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Aku puas, dan gembira dapat beraksi kembali di gelanggang Titiwangsa. Tapi minggu depan aku masih tak pasti jadual dan tahap kelapangan aku. Kita tengok ajelah nanti.
Asri dan abang Aziz. |
Abang Aziz dan Foong. |
No comments:
Post a Comment