m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 5, 2012

Menyambut tahun baru di Prince Court Medical Centre

Pada hari Khamis minggu lepas, yang juga merupakan tahun lepas, aku telah menemani wife aku pergi ke hospital Prince Court kat Jalan Tun Razak. Lepas doktor check, doktor suruh wife aku dimasukkan ke dalam wad untuk siasatan lanjut mengenai sakit pada tubuhnya. Bila dah masuk wad, faham-faham ajelah. Semua ujian dilaksanakan untuk mengesan apakah sebenarnya yang menyebabkan perut isteriku sakit. Darah bertiub-tiub diambil. Ultrasound scan juga dibuat berulang kali. Drip dimasukkan melalui jarum yang ditusuk di tangan.

Hadiah dari ofis isteri aku.
Bunga dan buah-buahan yang hebat.
Waktu tu cuti sekolah, dan juga berkembar dengan cuti umum tahun baru. Maka kami anak beranak pun sepakat meneman isteri aku kat hospital. Kami bermalam di hospital macam bermalam di hotel. Prince Court memang cantik dan selesa tempatnya.  Namun demikian, sehebat mana pun sesebuah hospital tu, mesti ada dia punya kekurangan kat sana sini. Itulah hakikat yang kita kena telan.

Berehat di taman permainan kanak-kanak.
Amier seronok bermain.
Setelah agak kebosanan duduk di wad tanpa berjalan ke mana-mana, akhirnya kami anak beranak pergilah turun ke taman permainan kanak-kanak kat tingkat bawah. Nak minum-minum atau makan-makan, terlalu mahal pulak juadah yang dijual kat kafeteria. Jadi kami cuma beli makanan kat kedai bawah dan bawak naik ke bilik wad untuk makan-makan.

Wanie di terowong.
Amier khusyuk bermain.
Masih lagi main.
Syahmie jaga adik-adik.
Wanie gembira dapat main kat hospital.
Amier menunggang kuda untuk sampai ke destinasi.
Tiga beradik main jongkang-jongket.
Wanie masih main jongkang-jongket.




Sedang dirawat.
Duduk di tembok yang tinggi.
Buluh lemang yang ditanam di hospital sempena hari raya nanti.

Jendela kamar wad memang sangat luas dan jelas. Nampak cantik pemandangan KL Tower dan Twin Tower KLCC. Bila nak tiba tahun baru, kami memang tak sabar-sabar nak menanti letupan bunga api kat KLCC. Nak tengok betapa hebat dan cantiknya percikan bunga api di angkasa raya. Turut menanti pemandangan indah itu ialah kakak ipar aku dan beberapa anak buah isteriku. Dan bila detik 12 malam tahun 2012 tiba, terlihatlah kelibat bunga api kat sekitar KLCC. Ada kalanya seolah-olah KLCC kena tembak dengan bom aje. Ada juga pesakit dari wad lain yang siap turun kat bawah, melepak kat parking kereta pasal nak tengok bunga api. Adegan letup-meletup tu berlangsung selama kira-kira lapan minit. Lepas adegan yang menghiburkan tu habis, barulah kami tidur. Itulah tidur tahun baru kami di hospital.

KLCC dan bunga api.
KLCC seperti dibakar.

No comments:

Post a Comment