m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 31, 2012

Menghantar Syahmie ke Gemencheh: Menjejak kaki di MRSM Ulul Albab

Bahagian 3

Kira-kira jam 10 pagi kami sampai di perkarangan MRSM Ulul Albab Gemencheh. Kawasan sekolah dikawal ketat oleh pasukan Bomba dan Polis Kadet. Tak berani aku nak memandai-mandai parking kereta sesuka hati aku. Takut kadet polis tu saman aku. Lepas parking kereta kat padang bola, kami pun melangkahlah naik tangga yang sangat cerun dan tinggi. Aku kesian kat mak aku yang termengah-mengah nak mendaki dari bawah sampai puncak. Tapi akhirnya berjaya jugak dia melangkah.

Mendaftar.
Kami terus menuju ke meja pendaftaran. Ya, nama Syahmie memang dah tercatat di dalam senarai. Pengendali meja pendaftaran terdiri dari murid-murid senior. Kami masuk pulak ke dalam dewan. Macam-macam hal kena daftar - kad metrik, tempah baju, ambil gambar, daftar asrama, bayar yuran tambahan dan macam-macam lagilah. Tapi semua berjalan lancar. Lepas tu baru boleh masuk asrama kemas barang. Tapi oleh kerana masa dah terhad, kami cuma sempat sekejap aje melawat asrama. Lepas tu kena kembali ke dewan untuk dengar taklimat dari pihak sekolah.

Pelajar memberi penerangan kat aku.
Sessi bergambar akan dilangsungkan.
Syahmie ketika bergambar.
Penjelasan dari Badan Wakil Pelajar (yang pakai coat hitam tu).
Semua pelajar-pelajar sangat mesra.
Taklimat sekolah diberikan oleh Pengetua dan Yang Dipertua PIBG. Panjang lebar jugak taklimat dia pasal nak bagi mak bapak faham betul-betul hal-hal yang berkaitan dengan peraturan dan misi sekolah ni. Habis dengar taklimat, kami jumpa pulak guru penasihat pelajar masing-masing yang menceritakan lebih detail pasal undang-undang dalam ini sekolah. Kebetulan guru penasihat Syahmie ialah seorang ustaz dan jugak warden asrama. Kira cantiklah tu. Students biasanya memang rapat dengan warden. Senang nak berurusan.

Mendengar taklimat.
Lepas zuhur dan makan tengah hari, kami jumpa Syahmie di asrama. Kemaskan barang-barang dia dalam locker. Repair sikit-sikit locker dia yang dah rosak. Masa tu Amier dengan Wanie sibuk bermain dalam asrama sampai riuh rendah dibuatnya bilik asrama yang memuatkan 8 katil pelajar. Syahmie duduk dengan pelajar-pelajar senior jugak. Kira campur-campurlah. 

Pelajar-pelajar kat sini ramah-ramah belaka. Semua yang kami jumpa menegur dan memberi salam. Yang offer nak tolong angkat barang dan tunjukkan jalan pun ada. Itu tak termasuk yang nak belanja makan lagi, dan yang lebih extreme siap nak tolong basuhkan kereta serta memberi urutan refleksologi secara percuma. Lega sikit rasa hati melihatkan suasana yang macam ini. 

Lepas solat asar, kami jumpa lagi Syahmie. Bagi nasihat, bagi perangsang, peluk cium dan bergambar sebelum meninggalkan dia di sekolah dengan rakan-rakan yang lain. Aku nengok mata Syahmie pun merah jugak. Wife aku pun sedih. Aku turut terasa saat membiarkan Syahmie bermukim di MRSM. Sepanjang jalan pulang ke Kuala Lumpur, asyik wajah Syahmie aje yang aku terbayang dan teringat. Wife aku pun sangat hiba dan rindu, walaupun baru sementara. Wanie langsung menangis terus-terusan dalam kereta. Sampai kat rumah Wanie masih sedih dan menangis bila teringatkan abangnya. Malam tu di rumah, kami dalam mood murung. Rindu kat Syahmie. Dan aku jugak yakin Syahmie pun rindukan keluarganya di Ampang. Macam tulah. Bagi ibu bapa yang dah pernah melalui saat ini, fahamlah mereka. Bagi yang belum, bersiap sedialah untuk berkorban perasan demi masa depan anak-anak.

Bergambar depan asrama.
Masing-masing tengah hiba.
Syahmie tetap maintain macho.
Kejap lagi kami kena tinggalkan Gemencheh.
Ok, satu lagi family shot!

2 comments:

  1. Salam,
    Nak tanya, anak Encik dulu.... dapat tawaran ke ulul albab bulan January ke? Lusa ni, saya hantar anak masuk ke SMK Agama KL, in shaa Allah. Mengharap juga dapat MRSM Ulul ALbab.
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    So Syahmie sudah form 4 sekarang? Sudah berjaya menjadi hafiz? He must be very good to be accepted into MRSM UA. Tengok criteria temuduga pun sudah menggerunkan. Ingatkan nak mintak tips from Syahmie untuk anak saya yang bercita-cita nak masuk UA juga tahun depan.

    ReplyDelete