m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 27, 2012

Makan besar dulu sebelum orang lain makan besar

Tahun Baru Cina Naga Air telah bermula beberapa hari lepas. Rakyat Malaysia dan Nigeria keturunan Cina ada acara makan besar pada hari Ahad malam sempena meraikan tahun baru naga yang dijangka sangat memberangsangkan. Jadi, sebelum restoran-restoran dipenuhi oleh orang ramai yang nak makan besar, kami sekeluarga telah makan besar dulu pada hari Sabtunya. Kami makan besar kat sebuah restoran Cina Muslim bertajuk Restoran Hj. Sharin Low Grand yang terletak di Jalan Ampang. Dia ada satu lagi cawangan di Bukit Antarabangsa. Tapi lebih mudah untuk ke Jalan Ampang sebab jalannya rata dan lurus.

Restoran Cina Muslim.
Sewaktu kami sampai sana kira-kira jam 8.30 malam, kami nampak yang ramai makan kat situ adalah dari rakyat Malaysia keturunan Melayu. Oooohhh... rupa-rupanya ramai jugak orang Melayu yang teringin nak tumpang sekaki makan besar menjelang tahun baru Cina ni. Kami menunggu makanan dengan penuh debaran di jiwa. Aku dah awal-awal call tempah makanan satu set untuk sebelas orang. Jadi orang di bahagian dapur dah tau dah tugas mereka nak masak lauk apa untuk kami.

Ayahku di depan restoran.
Bergambar beramai-ramai di depan restoran.
Menunggu dengan debaran sebelum ketibaan makanan.
Ibu dan kakakku.
Mula-mula kami dihidangkan dengan yee sang. Yang paling expert sekali pasal yee sang ni ialah wife aku. Jadi dialah yang mencampur adukkan segala ramuan yang disediakan. Yang lain terlopong tak tau nak bancuh macamana. Setelah semua bahan diletak dalam satu pinggan besar, barulah ramai-ramai menggaul ramuan tadi menggunakan chopstick. Kalau ikut kepercayaan orang Cina, lagi tinggi proses penggaulan ramuan tu, maka lebih ong lah suasana. Yang kami tau lepas gaul nak kena makan. Itu aje. Tapi sekadar nak bagi lagi fun, kami lambunglah yee sang tu tinggi-tinggi sampai mencecah siling bangunan, bagi rasa dia ada power sikit! Rasa yee sang tu memang hebat. Siap ada hirisan ikan salmon lagi. Tapi mak aku tak berapa suka sangat masakan tu. Yee sang ni macam salad yang mat saleh biasa buat jugaklah. Cuma kaedahnya aje yang lain sikit.

Isteriku menggaul yee sang.
Menggaul yee sang beramai-ramai.

Lagi ramai yang merodok yee sang.
Mencedok yee sang ke dalam pinggan masing-masing.
Selain yee sang, ada jugak masakan-masakan lain yang tak kurang hebatnya. Ada ayam goreng spesel, ada udang masak mentega, ada siakap steam, ada sayur campur cendawan, ada sup ketam dan ikan kurau, dan ada yee mee berkuah. Aku punya personal favourite ialah sayur campur dan ikan steam kot. Lepas tu ada pulak desert air longan berisi buah nipah. Pun kaw jugak rasanya.

Menikmati sayur campur.
Makan panas-panas sampai berasap mulut.
Kami makan sampai sangat kenyang. Yee mee tu kami tak larat nak habiskan. Jadi kami suruh orang kedai tu tolong bungkuskan untuk kami bawak balik. Kami memang enjoy sungguh makan kat situ. Sesekali merasa masakan Cina sedap jugak. Cuma mungkin mak aku tak berapa serasi dengan jenis masakan macam tu. Anyway, kami pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Bukan gembira pasal perut kenyang, tapi gembira pasal dapat makan besar sebelum orang lain makan besar.

Habis licin semua pinggan.
Menikmati dessert.
Sikit lagi mau habis.
Amier main game sementara menunggu yang lain selesai makan.

No comments:

Post a Comment