Selepas membaca doa selamat, majlis sambutan hari jadi bagi calon-calon yang menyambut hari jadi mereka pada bulan November dan Disember diraikan. Salah sorang tu termasuklah isteri aku sendiri. Satu kek besar, sebesar hamparan meja disajikan. Lagu Allah Selamatkan Kamu dinyanyikan beramai-ramai dengan penuh semangat Waja, dan semangat Exora jugak. Kek yang berhias cantik dipotong bergilir-gilir oleh orang-orang yang diraikan. Kemudian diagih-agihkan kepada masyarakat umum untuk menikmati kek hari jadi hebat ini.
Kek hari jadi yang cantik. |
Semua yang menyambut hari lahirnya pada bulan November dan Disember. |
Akid memotong kek menggunakan pisau Rambo. |
Kamiliya memotong kek dengan pisau daging. |
Ika memotong kek dengan pisau sayur. |
Giliran isteriku memotong kek. |
Turut diraikan ialah ayahanda Atan dan bonda Rahmah. Aku berkesempatan menikmati kek istimewa ini yang menjadi rebutan remaja masa kini. Bunga hiasan yang berwarna merah tu tak taulah aku siapa yang dapat makan. Mesti rasanya bak mawar strawberi yang tak dapat diungkap oleh kata-kata atau tulisan. Untuk semua yang terlibat, diucapkan selamat hari lahir. Semoga selalu dalam rahmat dan redha Allah hendaknya.
Ayahanda dan bonda bergabung memotong kek bersama-sama. |
Menikmati kesedapan kek hari jadi. |
No comments:
Post a Comment