m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 10, 2012

Menjalani pembedahan untuk pertama kali

Hari Isnin lepas aku terpaksa ambil cuti pasal nak menemankan Syahmie buat pembedahan kat OT Hospital Ampang Puteri. Bunyi dia macam menyuspenkan aje. Memang untuk sedetik dua berdegup kencang jugak dada aku memikirkan soal Syahmie nak dibedah oleh seorang doktor tua. Dan Syahmie sendiri pastinya berasa lebih gementar menantikan saat-saat doktor akan membiuskan dia hingga tertidur, mencucuk tangannya untuk dialirkan drip ubat-ubatan, dan menunggu ketika doktor membuat pembedahan terunggul pada alaf ini.

Katil besi.
Baru masuk wad. Syahmie gembira berbaur gementar.
Aku meneman Syahmie sampai ke bilik pemulihan sehinggalah Syahmie dipanggil masuk ke dewan bedah. Kemudian, aku dan isteriku menunggu dengan tenang di bilik menunggu sambil membaca surah Yasiiin. Kira-kira setelah setengah jam, nurse memanggil kami. Katanya pembedahan telah selesai. Aku lalu terus mengajukan soalan yang biasa ditanya oleh pelakon dalam tv, "Doktor, macam mana keadaan anak saya?" Nurse pun menjawab, "Jangan bimbang. Dia dalam keadaan stabil. Dia perlu banyak berehat". "Terima kasih doktor", kataku kepada nurse tadi.

Dalam perjalanan ke Bilik Pembedahan.
Sejurus sebelum masuk ke dewan bedah.
Nurse membuat semakan terakhir sebelum membawa Syahmie ke Operation Theatre.
"Hobi awak apa?" tanya nurse kepada Syahmie.
Bersiap siaga untuk dibedah.
Aku nengok Syahmie dah segar bugar lepas keluar dari bilik bedah. Tak macam kebanyakan pesakit yang kelihatan sangat lemah setelah menjalani pembedahan. Aku dan isteriku terus menyusul Syahmie kat dalam wad. Aku tanya Syahmie kot-kot dia pening atau mual. Dia kata dia tak pening. Cuma ada sedikit rasa loya aje. Dan lapar! Aku mintak nurse kat wad bagi dia makanan. Tapi setelah agak lama makanan tak jugak sampai, akhirnya aku belikan Syahmie nasi ayam untuk dimakan. Habis licin Syahmie makan dengan penuh selera.

Pembedahan telah selesai.
Kembali di wad setelah dibedah.
Apakah pembedahan yang dijalani oleh Syahmie sebenarnya? Sebenarnya kat bibir Syahmie ada semacam daging terlebih yang terbentuk dari darah beku. Kecil aje benda tu. Doktor ingatkan nak buang ketumbuhan tu kat klinik aje. Sepuluh minit boleh selesai. Cucuk ubat bius kat bibir, lepas tu terus potong buang. Tapi oleh kerana Syahmie terlalu suspen dengan jarum sepanjang lebih seinci yang disuakan ke mukanya, jadi prosedur tu tak dapatlah dilakukan oleh doktor. Tak ada jalan lain melainkan terpaksa menidurkan Syahmie terlebih dahulu sebelum dibuang ketumbuhan tadi. Syukur. Semuanya telah selamat. Dan Syahmie telah pun pulang ke rumah dan bersantai-santai seperti biasa.

Inilah benda alah yang dipotong buang oleh doktor. Kecil aje...
a

No comments:

Post a Comment