m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, January 10, 2012

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Santai keluarga

Bahagian 1

Pada cuti Krismas tahun lepas 2011, kami ke Kampung Pasir Putih (menghala ke Tanjung Malim) untuk bercuti bersama keluarga besar Atuk Atan. Yang hadir adik-beradik dengan sepupu-sepapat ada dalam lima puluh orang kot. Atau mungkin jugak lebih. Memang ramai dan memang meriah. Ini adalah kali pertama kami ke resort milik birasku, Hasni yang terletak kat dalam hutan tepi sungai berbatu yang mengalir air jernih bersih yang sangat dingin.

"Ish ish ish. Terer-lah Salleh buat kereta ni. Ajar pakcik, ajar pakcik", rayu pakcik Karim kepada Salleh.
Mendapat hadiah Mr Smurf dari Norin.
Kami sampai waktu maghrib. Dah ramai saudara-mara yang lain tiba. Ada yang tengah masak barbeque, ada yang memancing, ada yang sekadar duduk sembang-sembang sesama sendiri bercerita pasal keadaan lapisan ozon yang semakin nipis. Semua berwajah ceria dan tak sabar-sabar menantikan apakah acara yang sedang menanti para tetamu malam nanti dan esok hari.

Abby bergembira. Hidayat kebosanan. Hidayat memang selalu bosan, walaupun dia tengah gembira.
Syafiq, Amin dan Ali. Sepupu-sepapat berjiwa rakyat.
Pak Tam dan Pak Andak nak pergi menoreh kejap lagi. Pak Long tak ikut pasal takda lampu kat dahi.
Amier dan Wanie sedang duduk santai.
Elin sibuk melayan Khalif.
Bonda Rahmah nampaknya telah semakin segar dan sihat. Kami semua bersyukur melihat perkembangan positif pada diri bonda Rahmah. Anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit semua tumpang gembira dan bersyukur. Namun demikian bahagian belakang bonda masih lemah dan agak sakit. Berjalan jauh dan berdiri lama beliau masih belum mampu. Lalu bonda duduk saja di kerosi roda.

Bodyguards Atuk Pon @ bonda Rahmah.
Entah macam mana, tiba-tiba hidung Wanie berdarah. Agak banyak jugak darah yang keluar. Terpaksa aku dan isteriku menjaga Wanie bergilir-gilir sambil meletakkan ais di dahi dan hidungnya agar darah cepat berhenti. Wanie terpaksa berbaring agak lama sebelum darah mula berhenti mengalir keluar. Wanie sebenarnya baru kena demam. Amier pun macam tu jugak. Baru aje baik demam. Masih makan ubat lagi untuk menyembuhkan penyakit sepenuhnya.

Hidung Wanie tiba-tiba berdarah dengan banyak.
Ika dengan sepupu ciliknya, Norin dan Thaqif.
Anak-anak pakcik Karim dan makcik Saba.
Bonda Rahmah dan ayahanda Atan.
Amier menarik muka panjang sebab kena makan ubat demam. Tapi muka dia tak panjang pun, tetap bulat.
Majlis dan perkumpulan keluarga ini dianjur dan ditaja oleh birasku dan kakak iparku. Antara acara yang telah dirancangkan termasuklah pertandingan badminton di gelanggang terbuka, senamrobik, sukaneka, memancing, pertandingan pakaian beragam, dan persembahan talent-time dan karaoke. Selain tu ada jugaklah aktiviti bebas seperti berenang atau apa saja aktiviti yang terlintas untuk dilaksanakan oleh individu.

Kakak iparku yang menganjurkan majlis ini.
Birasku yang menaja aktiviti keluarga kali ini.
Tatkala menjaga Wanie yang tak berapa sihat.
Wanie dan Amier main game card  'Donkey'.
Along dan Shafiyah.
Berehat di pagi hari tepi kali.
Bersiar-siar tepi sungai dingin.
Masih bersiar-siar, dan sungai masih dingin.
Pada suatu pagi yang nyaman.
Selain sungai jernih bersih, ada juga alatan permainan kanak-kanak yang menjadi idaman dan igauan para remaja kecil. Termasuklah anak-anak aku yang memang suka main air dan buaian. Aku lebih suka melepak-lepak melihat pepokok yang menghijau dan aliran air yang menderas (alamak, macam mat jiwanglah pulak kan). Selain tu aku jadi pengawal kepada Amier yang memang suka berlari ke sana sini ikut suka hati dia.

Suraya teman Amier main buaian.
Wanie dan Amier main buaian.
Syahmie tak banyak beraktiviti. Sekadar jadi pemerhati.
Aku dah kepenatan sepak-sepak bola pagi tadi.
Anak-anak di buaian.
Kebetulan pada percutian kali ni, Nana bawak pulak arnab kesayangannya yang dah sangat besar. Kecil sikit aje dari anak gajah. Aku sangat gembira melihat arnab tu dibawa ke sini. Baru aje aku nak melemparkan arnab tadi ke dalam adunan rempah ratus terhebat sebelum dicampak ke tempat barbeque, tiba-tiba aku terdengar jeritan dari Nana, "Tidakkk!!! Jangan masak arnab itu!!! Ia bukan untuk dijadikan laukkkk!!!" Aduh! Frust betul aku kerana tak dapat merasa keenakan daging arnab yang dipanggang. Tak apa. Lain kali aku pelan-pelan pergi ke rumah Nana dan kidnap arnab dia. Hwaa hwaa hwaa... (ketawa paling jahat di dunia).

Arnab gergasi milik Nana (kiri) yang menjadi idamanku.
Yeah! Aku dah dapat tangkap arnab ini. Tapi kena lepaskan balik pasal Nana ternampak aku nak kidnap arnab dia.
Di tempat berhutan macam ni, banyak jugaklah makhluk asing yang menumpang lalu dan teduh di perkarangan resort ini. Ada burung-burung pelbagai spesis, ada juga rerama gadang yang terbang-terbang. Kata orang tua-tua, kalau ada kupu-kupu atau rama-rama masuk rumah maknanya ada orang nak datang rumah. Betullah tu. Memang ramai sungguh orang yang datang ke resort ini. Dan kamilah antara orang-orang yang hadir pada malam itu untuk memeriahkan majlis.

Rama-rama gergasi yang datang. Sebelah sayapnya sepanjang kepak kapalterbang Boeing 727.

3 comments:

  1. haha ... Ogie dah naik badannya (atau g@m0k) .. welcome to the club..

    (dulu saya pun kurus :)

    ReplyDelete
  2. This club ahlinya almost every body in the family, including me.

    ReplyDelete
  3. hahaha :D

    Bro Adi rajin main badminton & tennis, MANA ada g@m0k ?! haha :)

    ReplyDelete