Hari tu cuti Tahun Baru Cina dapat cuti sampai empat hari. Aku tak pergi bercuti ke mana-mana melainkan hantar Syahmie masuk sekolah kat MRSM Ulul Albab di Gemencheh. Aku ada tanya kawan-kawan tenisku sama ada diorang ada booking court tenis atau ada main tenis kat mana-mana. Abang Aziz kata dia tak boleh booking pasal kat Titiwangsa ada tournament. Lepas tu abang Hj Nordin pulak kata dia ada training budak-budak sekolah menengah untuk preparation tournament antara sekolah-sekolah tak lama lagi. Tapi dia boleh squeeze sedikit masa hari Isnin lepas untuk main single dengan aku. Dan aku pun happy-lah...
Memang betul, jam lapan lebih dah datang murid-murid abang Hj Nordin kat gelanggang Jelatek. Tetapi sebagaimana yang telah dijanjikan, aku berentap dulu dengan abang Hj Nordin sebelum dia memulakan coaching. Kami warm-up pun kejap aje. Lepas tu terus lawan. First game aku kalah. Tapi lima game seterusnya aku menang. Jadi aku menang 5-1 kalahkan abang Hj Nordin untuk pertama kalinya. Aku nengok dia pun agak letih, pasal kerja shift malam dan tak cukup rehat agaknya. Tambahan pulak, sejak aktif coaching ni, peluang nak main sesama kengkawan dah semakin kurang. Maka kuranglah training dia. Kami cuma main lebih kurang setengah jam aje. Aku sempat nengok abang Hj Nordin coaching bebudak sekolah tu. Ada yang menampakkan potensi besar jugak. Namun kebanyakannya masih baru belajar. Anyway, aku happy, walaupun main tadi cukup memancitkan.
Abang Hj Nordin nampak ceria bila coaching budak. Tak garang macam kebanyakan coach. |
Pagi tu ada sembilan pelajar yang datang. |
No comments:
Post a Comment