Bahagian 2
Malam tu kami makan di luar, menghala ke Tampin. Ada satu kedai makan yang paling sedap kat tepi jalan, yang masak masakan siam. Kami order set makanan untuk 5 orang. Dalam set tu siap ada nasi, ikan siakap masak tiga rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar, tomyam campur dan satu jag air. Boleh pilih air sejuk atau panas. Kami pilih teh-o aje. Harganya RM85.00. Kira okay jugaklah untuk makan hidang macam tu.
|
Amier main straw. |
Kami memang lapar. Setiba aje makanan depan meja, masing-masing merodok nasi dan lauk dan disumbatkan ke dalam mulut. Rasa masakannya juga boleh tahan. Tak lama selepas kami berada di situ, lebih ramailah pulak pengunjung lain yang tiba. Nasib baik jugak kami sampai awal. Cuma satu perkara aje yang agak merimaskan, banyak serangga berterbangan dan kerap jugak masuk dalam lauk. Itu yang ada kalanya bila tergigit rasa payau aje tu. Bila dah kenyang kami pun bayar dan tidurlah kat bilik hotel dengan nyenyak. Tapi sebenarnya kami semua tak dapat tidur nyenyak.
|
Selera sungguh kami makan. |
|
Amier pun makan banyak. |
|
Di koridor hotel. |
Esok paginya kami terus bersiap, berkemas untuk check-out pasal kejap lagi nak pergi Gemencheh hantar Syahmie. Barang kami agak banyak. Jadi aku pun call-lah room servis hantar trolley naik ke atas. Orang kaunter kata, bellboy start kerja pukul 9.00 pagi. Alamak! Itu macam ka? Jadi aku terpaksalah turun bawah sendiri, tarik satu trolley naik ke bilik dan letak segala barang atas trolley dan tolak sampai ke bawah. Masa aku tengah tolak trolley tu tiba-tiba ada satu pintu bilik hotel terbuka. Penghuni bilik tu aku rasa warga India. Dia ingatkan aku ni bellboy kerja tolak trolley kat hotel. Lalu dia tanya aku pasal room servis. Terpaksalah aku membuat penerangan panjang lebar mengatakan yang aku tak bekerja kat situ. Hai. Maklumlah, dressing aku pagi tu memang dah macam bellboy-lah pulak.
|
"Bellboy" in action. |
Kami bersarapan di rumah kelab. Makan Breakfast buffet. Bayar agak mahal jugak. Orang kat hotel tu kata tak berapa mahal. Sekali bila tanya kaunter kat club house tu, bergandalah pulak harganya. Tapi nak cepat punya pasal, kami bayar dan sarapan aje kat situ. Sebenarnya semua orang pada pagi tu dah tak berapa selera nak makan. Kami dok terfikir-fikir pasal nak hantar Syahmie. Syahmie pulak terfikir-fikir pasal nak masuk MRSM. Jadi kami semua tak boleh fokus pasal makan. Walaupun mulut mengunyah, otak melayang ke tempat lain. Selepas makan, kami bergegas ke Gemencheh. kena siap daftar sebelum jam 11.30 pagi menurut surat notis yang kami dapat. Dan berlalulah kami dari situ.
|
Bersarapan di rumah kelab. |
|
Terpaksa makan walaupun tak berselera. |
|
Wanie dan Syahmie makan sikit pagi tu. |
|
Dah sudah makan pagi. |
|
Syahmie jadi caddy kejap. |
|
Sebelum bertolak di laman rumah kelab. |
|
Bagi ikan makan pellet. |
|
Batu paling besar di A"Famosa. |
|
Di lobi rumah kelab. |
|
Lepas ni baru kami beredar. |
No comments:
Post a Comment