Awan Nano dendangan Hafiz menang Anugerah Juara Lagu Ke-26. Ramai yang tak terkejut walaupun saingan dari beberapa lagu lain sangat sengit dan sama berbisa. Masa mula-mula aku dengar lagu ni kat rancangan Jangan Tidur Lagi terbitan TV3, aku langsung tak ambil port. Lagu dia macam biasa-biasa aje. Bila dah dengar banyak kali kat radio, barulah boleh terima sikit lagu ni. Tapi tak pernah pulak jadi lagu yang aku minat. Tak macam lagu Pokok (Meet Uncle Hussin), lagu Babak Pertama (Drama Band-tema lagu Juvana) atau lagu Cinta Teragung (Hazama). Kesemua lagu favourite aku tak lepas pusingan semi final.
Tapi pada malam AJL-26 baru ni, Hafiz nyanyi memang penuh emosi, dengan suaranya yang bak Power Rangers, aku mula minat dengar lagu tu. Barulah aku menjinak-jinak nak dengarkan bait liriknya yang puitis. Dan aku memang tak terkejut melalui kombinasi Hafiz, M.Nasir dan Buddhi Hekayat, lagu ni telah dinobatkan sebagai juara.
Meh aku kisahkan sikit rahsia di sebalik kemenangan ini. Korang pasti perasan yang Hafiz malam tu cuma pakai t-shirt biru cap ayam dan seluar track. T-shirt tu pun pinjam kawan punya. Sebenarnya Hafiz telah bergadai-bergolok upah guru-guru vokal yang hebat untuk mengajarnya teknik menyanyi yang Super Power. Itu tak masuk segala macam vitamin untuk suara, termasuklah vitamin A, B, C, D, E sampai Z. Siap sewa gymnasium lagi nak train stamina. Jadi semua wang perbelanjaan untuk beli prop dan pakaian glamer telah habis. Pasal tulah dia pakai sempoi aje malam tu.
M. Nasir pulak masa dia diminta untuk menulis sebuah lagu untuk Hafiz, sebenarnya tak menghadapi sebarang masalah. Sifu Malaya tu nengok aje tengkok Hafiz yang sebesar batang kelapa tu, dia dah tau range voice Hafiz yang luas. Jadi M.Nasir bagilah melodi yang macam tu. Tapi lain pulak ceritanya dengan penulis lirik, Buddhi Hekayat. Buddhi Hekayat bila dapat aje melodi dari M.Nasir, berbulan-bulan jugaklah dia mencari idea untuk menghasilkan senikata. Tapi tak jugak kunjung tiba. Dia sampai dah nak give-up. Suatu hari yang tak disengajakan, dia ternampak kelibat Hafiz dari arah belakang. Dia nengok rambut si Hafiz yang kerinting besar tu tak ubah macam bentuk awan. Lalu dia pun dapat ilham nak tulis lirik pasal awan. Yang Nano tu pulak datang dari perkataan Nona. Tajuk lagu asalnya ialah Awan Nona, kisah awan yang melindungi seorang wanita. Tapi masa printing buat album tu, tukang print buat-buat salah ejalah pulak, kan. Jadilah Nano. Tapi ada beberapa pendapat lain mengatakan ia berasal dari cerita tahun 1980an, "Mork & Mindy"-cerita orang putih pasal makhluk asing yang selalu cakap "Nano Nano". Para profesor pulak cakap ia ada kena mengena dengan kehebatan unit metrik Nano. Entahlah. Kita pun tak tahu apa sebenarnya yang tersimpan dalam benak Buddhi Hekayat. Hanya Tuhan aje yang Maha Mengetahui.
Walau apa pun, aku ucapkan tahniah buat semua yang terlibat dengan penghasilan lagu ini. Kalau dapat duit lebih tu, hulur-hulurlah kat orang-orang kat sini. Akhir kata aku sertakan lirik lagu Awan Nano untuk nyanyian semua. Selamat enjoy!
Awan Nano-Hafiz AF7
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lagu: M.Nasir
Lirik: Buddhi Hekayat
Cisss, tobat tahun depan semua pakai baju pinjam je.. tak pun pakai baju bundle.. hahaha :)
ReplyDeleteNengoklah kejap lagi, kedai bundle lebih laris dari biasa.
ReplyDelete