m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 6, 2012

It's the father and son thing

Blog entry kali ni agak syahdu sikit. Uhuk uhuk hu hu waaa.... Maaf. Tersebak pulak tadi. Beberapa minggu lepas, Syahmie telah ditawarkan tempat belajar di Mahaad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi di Banting. Dan pagi tadi pulak, dia telah ditawarkan tempat di MRSM Ulul Albab di Gemencheh. Aku gembira, bangga berbaur sedih. Tarikh pendaftaran untuk kedua-dua tempat tu adalah pada 16 Januari minggu depan. Maknanya minggu depan ni Syahmie akan memulakan kehidupan berkelananya di satu lokasi yang jauh dari keluarga. Aku tak dapat nengok muka Syahmie hari-hari. Tapi masih boleh lawat dia kat sekolah setiap minggu. Bagi ibu bapa yang dah biasa berjauhan dari anak, perkara ni macam tak ada apa. Tapi maklumlah aku ni kira macam first time nak melepaskan anak sulung belajar ilmu dunia akhirat, memang agak terasa sikit. Walau di mana pun pilihan tempat belajar Syahmie nanti, semoga dia akan graduate dengan cemerlang sebagai Hafiz dan cemerlang dalam akademik juga.

Nampaknya kami kena mula beristikharah untuk memilih tempat terbaik bagi Syahmie. Kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri. Dan yang lebih penting, kedua-duanya ada kelas menghafaz Al-Quran. Idea nak masukkan Syahmie ke sekolah tahfiz ni ialah idea isteri aku. Walaupun mula-mula aku tak berapa nak kisah sangat pasal sekolah tahfiz ni, tapi sekarang aku jadi semakin bersemangat nak Syahmie menjadi seorang hafiz dan pengamal Al-Quran yang istiqamah. 

Tadi pagi aku teman Syahmie pergi hospital rawat penyakit kulit dia. Seronok aku berjalan berdua dengan Syahmie, tunggu doktor, pergi minum kat kafeteria, lepas tu solat Jumaat sama-sama. Bak kata mat saleh, "it's the father and son thing". Teringat dulu masa ayah aku ajak aku makan nasi kandar berdua dengan aku kat Jalan Tuanku Abdul Rahman, teman aku pergi mancing kat Ampang Hilir dan Ampang Jaya. Benda-benda macam nilah yang akan membuat pertalian keluarga, family bonding, lebih kuat dan mantop. Semoga Syahmie akan cemerlang dunia dan akhirat dan memberi teladan baik untuk diikuti oleh adik-adiknya.

Selepas solat Jumaat di Taman TAR, Ampang Jaya.

No comments:

Post a Comment