Bahagian 6
Selain aktiviti main badminton, satu lagi acara yang menjadi kegilaan ramai adalah acara menyumbangkan lagu yang sepatutnya sedap. Acara ini kira agak panas jugak. Ramai yang beratur nak ambil tiket giliran untuk memilih lagu dan menyanyi. Inilah acara karaoke. Aku memang tak ketinggalan. Dalam pada tekak tengah sakit dan suara antara nak keluar dengan tak keluar, ada hati jugak aku nak menyanyi beberapa buah lagu hits yang terhebat di pasaran. Kita yang menyanyi memang seronok. Tapi yang mendengar, tak taulah. Kalau sakit perit telinga, aku mohon maaflah. Lepas ni pergi jumpa doktor ENT buat pemeriksaan. He he he...
|
Amier lebih tertarik dengan apa yang tertera pada skrin komputer. |
|
Hafez sedang memilih lagu. Diperhatikan oleh isteriku. |
|
Pakcik Karim minatnya pada lagu-lagu Melayu lama. |
DJ pada malam tu ialah Hafez. Tak siapa pun lantik dia jadi DJ, tapi dengan adanya Hafez sebagai DJ nampaknya lebih happening lagi acara pada malam itu. Next time kalau ada program yang macam ni, engko pergilah lantik diri sendiri jadi DJ. Kami semua akan bagi sokongan seratus peratus. Sampai dekat jam dua belas malam jugaklah kami berumah kat dewan tu, menyanyi atau mendengar orang menyanyi. Lepas tu aku anak-beranak pun pergilah ke bilik untuk berehat dan tidur kerana terlalu letih, especially anak-anak aku yang kebosanan pasal mereka tak minat menyanyi.
|
Lagi ramai peminat karaoke. |
Kira-kira jam 2.30 pagi, sewaktu aku masih terjaga, aku masih dapat mendengar sayup-sayup suara orang menyanyi-nyanyi di kejauhan. Wow! Pukul berapa diorang nak tidur ni? Aku terlalu mengantuk. Alunan suara yang pelbagai tu langsung tak mengganggu fokus ku untuk melelapkan mata. Dan dalam masa beberapa minit saja aku telah dibuai mimpi. Zzzzzzzzzzzzzz...
|
Pak Andak jarang menyanyi. Tapi bila diberi kesempatan, pak Andak tak akan lepaskan. |
No comments:
Post a Comment