25 Januari 2012 adalah tarikh keramat bagi Syahmie. Itu tarikh dia masuk sekolah berasrama penuh di MRSM Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan. Itu jugak tarikh dia kena hidup berdikari, berjauhan dari keluarga. Malah tarikh itu jugak merupakan tarikh keramat buat aku sekeluarga, kerana itulah pertama kali melepaskan anak sulung belajar di tempat yang jauh dari rumah. Pokok pangkalnya tarikh tu ialah tarikh keramat untuk kami semua!
Wajah depan A'Famosa Resort. |
Replika gerbang A"Famosa. |
Kami putuskan untuk menempah bilik di A'Famosa Resort Hotel satu malam. Lokasinya yang terletak di Alor Gajah memang tak jauh dari Gemencheh. Jadi esok paginya tak adalah kami terburu-buru nak bersiap dari Kuala Lumpur. Boleh tenang sikit menghantar Syahmie.
Mendaftar check-in. |
Sebelum masuk ke bilik. |
Di A'Famosa kami tak buat apa-apa aktiviti pun. Sekadar bersiar-siar di tempat-tempat yang tak perlu bayar dan bergambar. Kalau masuk dia punya Cowboy Town atau Water Park atau Dinosaur Park atau Safari, memang kena bayar mahal. Lagi pun tempat-tempat tu kami pernah pergi dulu-dulu. Memandangkan keadaan kewangan kami yang agak terhad, jadi kami kira round-round kosong ajelah.
Di pintu masuk Cowboy Town. |
Di sekitar Cowboy Town yang mula beroperasi waktu petang sampai malam. |
Di kereta kuda tanpa kuda. |
Kereta kuda paling slow dalam dunia. |
Patutlah kereta kuda ni tak bergerak, minyak dah habis... |
A'Famosa Resort memang dihias cantik sempena perayaan Tahun Baru Cina baru ni. Malam-malam siap ada pasang bunga api macam kat KLCC. Tapi kami tak sempat nengok pasal masa tu kami duduk kat bilik hotel. Yang turut ikut kami hantar Syahmie ialah ibuku. Amier nampak aktif macam biasa. Sedangkan aku dan isteri aku masih dalam kerisauan memikirkan detik menghantar Syahmie ke Gemencheh esok harinya. Dan apa pulak yang terpendam dalam hati Syahmie, kami pun tak tahu.
Menjenguk ikan di kolam. |
Ikan kat kolam ni tersangat lapar. Kami bagi biskut raya, habis dibedal semua. |
Di pinggir kolam ikan. |
Amier keletihan. |
Background kolam ikan. |
Sepanjang jalan ada tanglung. |
Dari kaca mata cacing. |
Di serambi bilik hotel. |
Di luar bilik hotel. |
Kejap lagi nak bersiar-siar. |
Di courtyard hotel. |
Berehat sejenak. |
Ikan tilapia kat sini besar-besar macam jerung. |
Nasib baik ada kerusi. Bolehlah duduk sekejap. |
Gaya yang sama. Orang lain-lain. |
Mari berurut badan setelah penat berjalan-jalan. |
Jalan ke Club House pulak. |
Kat sini pun ada tanglung. |
Besarnya bunga teratai! |
Ada jambatan, tapi takda sungai. |
Masih di depan rumah kelab. |
Masa untuk balik bilik. |
Di luar bangunan hotel. |
Syahmie posing bersendirian. |
Dalam lif yang banyak cermin. |
Di pintu bilik hotel. |
No comments:
Post a Comment