Bahagian 5
Selepas makan malam, berdoa dan menyambut hari jadi, ada di antara kami bermain badminton di gelanggang yang terletak betul-betul di sebelah dewan utama. Aku tak ketinggalan. Oleh kerana sudah agak lama group kami tak berentap main badminton kat court, jadi bila nampak aje court yang terbentang luas, kami pun macam seakan-akan jakun dan berebut-rebut nak main badminton. Sayangnya aku dan pak Long Zai tak bawak reket. Jadi kami semua pakat-pakat pinjam reket pak Uda. Pak Uda siap beli shuttlecock baru sebelum ke sini.
|
Ika dan Amin, dua beradik berganding menentang musuh tradisi. |
Kami dah biasa main indoor dengan lampu yang sangat terang, jadi bila main outdoor dengan lampu yang malap, rentak permainan kami jadi agak huru hara. Lampu court tu terlalu malap sampaikan partner kat sebelah pun kita tak boleh nampak. (Okay lah. Aku mengaku, saja nak jadikan alasan kenapa aku kalah bertubi-tubi pada malam tu). Aku main double partner dengan pak Nyah Hasni, aku kalah. Pukul memanjang tak kena. Adakah mataku semakin rabun? Atau adakah kerana tiupan angin yang menerbangkan bulu tangkis ke arah yang tak dijangka? Pokok pangkalnya aku memang kalah.
|
Menanti giliran untuk ditewaskan oleh pak Nyah. |
Kemudian kami buat perlawanan single pulak. Pak Nyah Hasni menentang sesiapa saja yang nak mencabarnya. Sorang demi sorang tumbang dan tumpas. Termasuklah aku! Yang turut tewas ialah Hidayat, Akid, Amin, Kois dan beberapa yang lain. Dan kebanyakan kami tewas bawah sepuluh mata! Sungguh mengaibkan Geng Court Ampang Jaya! Tapi itulah hakikat yang kami kena telan. Kami memang tak hebat langsung main single. Servis pak Nyah Hasni banyak yang kami tak dapat pulangkan. Pak Nyah Hasni menang tanpa perlu banyak bergerak. Memang hebat.
|
Syed Salleh-umpire jemputan yang didatangkan khas dari Arab Saudi. |
Esok paginya barulah pandangan lebih cerah. Tapi tiada perlawanan badminton diadakan. Sekadar main pukul-pukul tangkis untuk bersenam aje. Aku stroke dengan Syahmie untuk seketika. Kalau main time pagi ni, mungkinkah peluang aku untuk memberi tentangan hebat lebih cerah? Tak taulah. Perlu ditunggu dan dilihat.
|
Pak Uda stroke dengan pakcik Karim. |
|
Pak Nyah Hasni yang tak dapat ditewaskan oleh mana-mana pencabar. |
No comments:
Post a Comment