Tengah hari semalam aku dan isteri ada appointment dengan Hospital Prince Court untuk check darah dan dengar taklimat pasal program "health screening". Kami datang dengan perut kosong pasal nak ambil darah. Setelah register, terus darah kami diambil. Sampai bergelen-gelen banyaknya. Siap masuk dalam tempayan barrel lagi. Banyak ujikaji nak dibuat dengan darah kami tu, termasuklah nak check paras gula, kolesterol, buah pinggang, asid urik, jantung, tahap pertumbuhan uban, tahap kecergasan dan tahap populariti di majalah dan surat khabar tabloid tempatan.
Nurse sedang ambil darah. Nurse ini diimport dari India. |
Lepas ambil darah, kami dibawa ke suatu ruang santai untuk dengar taklimat pasal program "health screening". Habis dengar taklimat kira-kira jam tiga petang. Masa tu perut aku memang dah betul-betul lapar macam rakyat Afrika yang kebuluran di Gurun Kalahari. Lepas solat zuhur, kami cepat-cepat beli makanan kat warung dalam Prince Court. Aku makan mi goreng, dan isteri aku makan spageti. Tak sampai setengah saat, semua makanan telah habis licin kami makan. Alhamdulillah. Barulah kami boleh tersandar lega bila perut dah tak lagi merengek merayu nak mintak makan.
Ambil darah. Agak mengerikan! |
Ada beberapa perkara yang kami diberi tahu pasal hospital Prince Court ni. Saja aku nak kongsi. Tapak bangunan Prince Court ni adalah milik Allahyarham Tengku Abdul Rahman - Perdana Menteri pertama Malaysia. Nama asal hospital ni ialah Kuala Lumpur Medical Centre. Tapi oleh kerana hospital ni dikelilingi oleh istana-istana hinggap, maka ia ditukar nama kepada Prince Court Medical Centre. "Prince Court" tu bermakna tempat permainan putera raja. Jadi siapa yang berkunjung ke sana tu kira macam ada royal blood jugaklah. Macam aku! He he he... Masa Prince Court baru dibuka dulu, semua servis dikenakan harga yang sangat mahal. Tapi lepas Kementerian Kesihatan ambil alih, harga servis telah potong 50% dan kini lebih murah dari kebanyakan hospital swasta di Kuala Lumpur. Cubalah ke Prince Court Medical Centre. Hospital 7 bintang untuk putera-putera raja.
Jarum sepanjang 3 kaki dibenamkan ke dagingku. Aduh! |
No comments:
Post a Comment