Lauk dah habis. Jadi ibu atau kakakku terpaksa beli lauk dari peniaga kecil yang parking lori tepi restoran mamak. Orang tu jual lauk agak mahal. Bukannya lauk masak. Tapi lauk mentah pun mahal. Lalu ibuku menyuruhku meluangkan sedikit masa hujung minggu lalu untuk mendapatkan lauk kat tempat biasa - Pasar Borong Selayang.
Aku ajak Syahmie ikut aku pergi selepas subuh. Kami sampai agak terlambat. Tapi masih banyak lagi lauk yang dijual walaupun ada peniaga yang dah mula packing masukkan lauk dalam kotak. Macam-macam lauk ada - kembung, selar, sardin, siakap, udang dan pelbagai lagi. Tapi bila aku tanya harganya, taklah pulak murah seperti yang aku jangka. Lauk saiz bilis pun harganya boleh tahan. Bayangkanlah kalau beli lauk tu kat supermarket atau pasar biasa, mesti lagi melambung. Jadi aku angkut jugaklah beberapa jenis lauk seperti kembung, cencaru, siakap dan keli. Harga keli hidup ialah RM4.00 sekilo. Tak pernah aku beli keli sampai mencecah RM4.00. Kalau ikut teori mak aku, harga lauk memang akan tinggi sikit bila menjelang Tahun Baru Cina. Nak kaut sebanyak mungkin angpau, sebelum mereka kena pau dengan budak-budak bujang. Teori tu agak munasabah.
Pemandangan indah di Pasar Borong Selayang Baru. |
Ayah aku pulak ada menyatakan hasratnya nak makan kerang. Oleh kerana dah agak lambat, kerang kat pasar dah habis. Untuk tidak mengecewakan ayah aku, aku pergi pulak ke Pasar Borong Selayang Lama yang terletak betul-betul sebelah jalan utama ke Rawang. Kalau hujung minggu memang banyak sungguh kereta parking tepi jalan sampai menyesakkan lalu lintas. Ada kalanya polis trafik akan keluarkan tiket saman pada kereta-kereta yang parking tepi jalan tu semua. Kat pasar borong yang ini barulah dapat aku beli kerang 5 kilo. Harganya sedikit mahal, tapi masih kira murah berbanding lauk-lauk lain yang aku beli. Maklumlah, isi kerang jauh lebih ringan dari kulitnya!
Pemandangan cantik di Pasar Borong Selayang Lama. |
Duo yang ke pasar borong. |
Dari situ, kami terus pulang balik. Tungu sampai bulan depan pulak sebelum kami mengulangi trip ke pasar borong untuk mendapatkan lauk-lauk lain yang lebih sensasi dengan harga yang lebih rendah. Aku masih belum berkesempatan untuk ke Pasar Ikan Setiawangsa yang dikhabarkan menjual lauk dengan harga yang sangat murah. Suatu hari aku akan cuba ke sana dan meninjau harga lauk yang dimaksudkan itu.
Inilah barang-barang makanan yang kami beli di pasar borong. |
Sekali belanja berape tu..cukup untuk berape minggu.?
ReplyDeleteSekali belanja, ikan campur sayur ada dalam RM200. Tahan sebulan untuk satu isi rumah seramai lebih kurang 8 orang. Tapi sayur tahan seminggu aje.
ReplyDelete