Kami dah buat keputusan untuk menghantar Syahmie belajar di MRSM Ulul Albab di Gemencheh. Daftar masuk pada 25 Januari, selepas cuti Tahun Baru Cina. Jadi persiapan pun perlu dilakukanlah seperti membeli baju sekolah yang lain dari yang lain, beli kasut hitam, sandle, pakaian sukan dan macam-macam lagilah.
Kami ke Jaya Jusco Maluri pada hari Sabtu lalu. Kami lupa yang rakyat Malaysia keturunan Cina tengah shopping sakan masa tu. Punyalah ramai manusia, sampaikan boleh sesat kami dibuatnya. Lebih banyak manusia dari barang yang dijual. Punya lama kami kat situ cuma dapat beli kasut hitam sepasang aje.
Pada hari Selasa lalu aku ambil cuti untuk menguruskan hal-hal yang masih tertangguh berkenaan persekolahan Syahmie di MRSM Gemencheh ni. Senang aje aku bergerak dari Medan MARA ke Cambell ke Jaya Jusco Keramat. Semua barang dapat dibeli dengan mudah dan cepat. Maka laju jugaklah mengalir keluar wang dari poket seluar aku yang bocor. Tapi tak apa, modal untuk menjadikan anak aku pelajar cemerlang akademik dan hafiz Al-Quran. Insya-Allah!
Mencari kasut hitam di Jaya Jusco. Besar jugak kaki Syahmie rupanya! |
No comments:
Post a Comment