Pada 4 Januari 2012 semalam, ramailah murid-murid sekolah masuk semula ke sekolah setelah cuti panjang yang sangat panjang macam beras Taj Mahal - "Panjaaaaaannngggg..." Tak terkecuali anak aku, Wanie. Baru hari pertama ke kelas tahun 2012, dah sampai sekolah terlambat. Ayah dia pun sama-sama lambat hantar anak ke sekolah. Sesampai di sekolah, murid-murid telah bersemangat berhimpun di dataran sekolah mendengar omelan panjang dari guru-guru yang dah kerinduan nak bercakap berjela-jela kat mikrofon.
Setelah menyanyikan lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu Negaraku, murid-murid dibenarkan duduk. Dan kini giliran guru-guru pula nak bersembang panjang. Lenguh juga kaki aku berdiri lama nak mendengarkan isu-isu penting yang nak disampaikan oleh pihak guru. Setelah semua guru kanan habis dan puas bercakap, maka tibalah giliran guru besar cemerlang pulak nak bercakap. Kata-kata yang diungkapkan oleh guru besar agak tegas dan ringkas. Tapi ada satu kenyataan yang memang masih aku teringat sampai sekarang. Katanya, "Pada hari pertama telah ramai murid-murid yang datang lewat ke sekolah. (Termasuk Wanie lah). Ini bermakna saya telah gagal." Tak taulah gagal apa. Aku rasa dia telah gagal nak melambatkan jam sekolah supaya murid-murid taklah nampak macam lambat datang sekolah.
Walau bagaimanapun, semua murid dan ibubapa nampaknya memang bersemangat berhimpun di dataran sekolah. Semoga sekolah ini akan mencipta kecemerlangan yang gemilang, terbilang, ikan sembilang, padang lalang berdasarkan konsep 1 Malaysia, dan mungkin akan menjangkau ke tahap yang lebih tinggi iaitu 2 Malaysia dan kemuncaknya ialah 100 Malaysia. Selamat bersekolah!
Mendendangkan lagu-lagu hits di pasaran. |
Guru demi guru memberikan ucapan yang berjela-jela. |
No comments:
Post a Comment