5 November 2013 - Sekali lagi kami mengunjungi tempat memancing yang terletak di Hulu Langat ni. Dulu kami memancing dapat ikan sampai dekat 11 kilo beratnya. (
http://adisarahberkisah.blogspot.com/2013/10/nelayan-di-tepian-rimba-kais-pagi-makan.html). Dapat ikan pacu punyalah banyak. Baling tarik, baling tarik. Itu yang syok tu. Keseronokan memancing yang dulu tu lah yang telah mendorong aku untuk ke sini lagi. Tapi kali ini aku ajak biras-biras yang sangat rapat dengan aku - Abang Zai dan Abang Zahid.
|
Ini adalah port kegemaran kami bagi menjinak keli. |
|
Abang Zai sedang memasang mata kail paling tajam di dunia. |
Kami berkumpul kira-kira jam 10 pagi kat kawasan rumah Abang Zahid. Pekena teh tarik dulu. Abang Zahid dan Abang Zai dah siap breakfast kat restoran mamak berdekatan. Lepas breakfast, barulah kami bertolak ke Hulu Langat menaiki kereta aku. Perjalanan sangat santai. Dalam benak kami terbayang-bayang amukan ikan keli, pacu, patin, baung, tilapia, toman, kelah, sebarau, arapaima gigas, kerapu dan layaran yang bakal meragut umpan cengkerik yang kami hidangkan. Dan perjalanan pun diteruskanlah dengan penuh bersemangat.
|
Abang Zahid menanti ikan makan umpan dengan penuh sabar. |
Tetiba aku terperasan yang minyak kat tangki kereta aku dah semakin menyusut. Alamak! Mana nak cari stesen minyak ni? Abang Zai kata, kat Hulu Langat memang tak banyak stesen minyak. Kalau tak silap cuma ada sebuah saja stesen minyak Petronas. Katanya kat Hulu Langat ni ada banyak belerang kat tanah dia. Jadi bukan semua tempat sesuai untuk dibangunkan stesen minyak. Dikhuatiri akan mudah terbakar stesen tu nanti. Kami akhirnya bertemu dengan sebuah stesen minyak Petronas yang kebetulan tak jauh kedudukannya dari tempat kami nak pergi memancing - Kolam Memancing Tepian Rimba.
|
Ada kalanya ikan keli pun tak mau makan umpan. |
|
Ikan keli yang menjadi "pojaan hati kuuu". |
|
Layan keli demi keli. |
Sesampai aje di sana, kami terus memunggah barang-barang memancing, seperti joran dan kekili, umpan, bakul ikan, jaring, gancu, sarung tangan, tali pinggang pancing, pelampung, life jacket, bot laju, dan sonar pengesan ikan. Kat kolam nampak gayanya dah ada ramai orang yang memancing. Kanak-kanak pun ramai jugak. Maklumlah, musim cuti sekolah.
Macam sebelum ni, aku layan ikan keli dulu dengan berumpankan cengkerik. Dan ikan keli pertama berjaya aku naikkan di suatu sudut kolam yang memang telah aku kenalpasti. Aku ajak Abang Zai dan Abang Zahid untuk pancing ikan yang paling senang dulu - apa lagi, ikan kelilah! Abang Zahid dan Abang Zai jugak berjaya menaikkan ikan keli dengan agak mudah. Ikan yang Abang Zai dapat, dimasukkan ke dalam raga ikan aku. Abang Zahid pulak memasukkan ikan-ikan keli ke dalam raga ikannya. Tetiba Abang Zahid baru tersedar, rupa-rupanya raga ikan milik Abang Zahid bocor. Berpuluh-puluh ikan keli terlepas dari raga. Kalau tak silap aku dekat sembilan puluh ekor semuanya. Argh!!!! Frust betul. Nak buat macam mana. Bukan rezeki. Last-last semua ikan keli yang dipancing dilonggokkan ke dalam raga ikanku.
|
Abang Zahid dengan keli ke-90-nya yang berjaya meloloskan diri dari raga ikan. |
|
Double strike. |
|
Abang Leman pun join sama. |
|
Alamak! Ada ikan besar makan umpan Abang Zahid. Pari 50 kilo!!! |
|
Layan, jangan tak layan! |
|
Alamak! Terlepas pulak. Perambut halus sangat kot... |
|
Mata kail kat joran Abang Zai patah lagi diratah alu-alu bersaiz mega. |
Setelah kira-kira sejam memancing, tetiba Abang Leman datang. Dia pun join sekaki. Jadi, jumlah pemancing yang ada sekarang ialah lima orang semuanya. Abang Leman lebih berminat nak memancing ikan patin. Keli dia tak nak layan sangat. Kami ada jugak mencuba mendapatkan ikan-ikan dari spesis lain seperti siakap dan jenahak dengan menggunakan roti, dedak dan cacing. Akhirnya keli jugak yang masuk perangkap. Itu pun kena pakai cengkerik jugak.
|
Abang Leman sedang mencari formula terbaik untuk menjinakkan patin. |
|
Menanti getuan ikan dengan penuh kesabaran. |
|
Abang Zahid nak jadikan ikan keli ni umpan bagi memancing toman bagak. |
|
Abang Leman masih melayan patin. |
|
Ikan dah mula kurang galak memakan umpan. |
|
Abang Zai masih sabar melayan kerenah keli. |
|
Dah lama kami menunggu. Ikan dah mogok ke? |
Setelah agak lama memancing, aku dan isteri alih tempat. Dengan berumpankan cacing, aku labuhkan joran, dengan harapan untuk menaikkan tilapia merah. Tanpa diduga, joran aku melendut ke bawah. Lalu aku putar kekili. Dan yang naik ialah seekor ikan baung yang sederhana besar. Happy-nya aku dapat ikan yang lain dari keli. Sebelum tu, kami ada buat semacam pertandingan yang tak ada hadiah, sesiapa yang dapat ikan selain dari ikan keli, dikira pemenang. Nampak gayanya, akulah pemenang untuk kali ini, pasal orang lain semua sekadar menaikkan ikan keli sahaja.
|
Tetiba sekor ikan tilapia buat kelakar pasal ikan keli. Isteriku tak dapat menahan geli hatinya. |
|
Mencuba mengurat tilapia pulak. |
Akhirnya waktu tiga jam pun tamatlah. Tapi kami macam tak puas memancing. So, kami tambah lagi sejam. Tempoh kami memancing adalah empat jam. Cuma Abang Leman aje yang pancing selama tiga jam. Kami kumpul semua ikan dalam raga ikan. Ada lebih empat puluh ekor semuanya. Berat keseluruhan pulak ialah dekat 9 kilo. Kurang dua kilo dari dulu. Tak kisahlah. Itulah rezeki untuk hari tu. Ikan keli tu kami goreng dan memang sedap bila dimakan. Tak hanyir pun. Next time kami akan ke sini lagi dengan persediaan yang lebih hebat lagi bagi menjinakkan patin, ikan lumba-lumba dan killer whale jugak.
|
Kat sudut nilah ikan keli dilepaskan. Dan kat sini jugaklah para pemancing akan berkumpul bagi mengail keli. |
|
Kekadang sampai berselirat tali pancing sesama pemancing. Tapi kami semua sporting. |
|
Budak-budak pun ramai yang memancing kat sini. |
|
Bersama ikan keli yang paling hensem pada hari tu. |
|
Mencuba memancing ikan baung pulak. |
No comments:
Post a Comment