11 Oktober 2013 - Kami telah dijemput oleh kakak iparku yang juga merupakan salah sorang partner tadika Kidz Cabin, untuk datang ke sekolah tadikanya pasal ada jamuan makan-makan barbeque serba ringkas. Apa occasion sebenarnya aku pun tak tau. Yang penting ada food dan boleh makan-makan.
Wanie dan Amier cuma makan dan tengok komputer laptop. |
Berbual-baul dengan kakak dan tetamu lain. |
Kami sampai Kidz Cabin agak lewat jugak sebenarnya. Ramai tetamu yang lain dah pun pulang ke rumah masing-masing. Tapi kakak ipar aku kata masih ada makanan. So kira on ajelah. Masa kami sampai, ada lebih kurang sepuluh orang masih bersantai sambil bakar ayam, sambil berborak-borak. Aku terus makan apa-apa saja yang boleh dimakan. Salad, buah-buahan, telur rebus, dan kemudian ayam masak barbeque. Aku memang tak tau nak buat benda lain. Geng borak pun tak ada. So, selain menengokkan budak-budak, aku juga ambillah gambar serba sedikit. Setelah agak kenyang, kami pun balik. Dan terima kasih kepada semua yang menaja makanan pada malam itu. Sampai sekarang aku masih tak tau majlis itu sempena apa. Mungkin bukan sempena apa-apa kot.
Ika tergamam kerana ada orang yang menuntut ayam dalam pinggan Ika. |
Bakar ayam sampai hitam. Baru nampak menyelerakan. |
Ika: "Inilah ayam paling liat I pernah makan. Rasanya macam getah tayar lori kontena". |
Bersembang sesama guru Kidz Cabin. |
Saleh dan laptop-nya. |
Sama-sama main game dalam internet. |
Sangat peramah. |
Bergilir-gilir membakar ayam. |
Asap ayam menyelubungi malam. |
Setelah kenyang melanda perut. |
No comments:
Post a Comment