16 Jun 2013 - Hari Bapa diraikan setiap hari sebenarnya. Tapi kami telah pilih satu hari tu untuk bawak ayah kami pergi makan-makan kat luar di sebuah restoran Cina di Taman Melawati. Yang mengajaknya pun adik aku sebenarnya. Adik aku tu memang suka belanja famili makan-makan kat luar sempena sesuatu kejadian seperti sempena hari jadi, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Raya, Hari Buruh, Hari Wilayah Persekutuan, Hari Keputeraan Sultan-sultan, Hari-mau, dan lain-lain hari lagi. Pokok pangkalnya boleh dikatakan hari-harilah dia nak membelanja kami makan.
|
Restoran masakan Cina Muslim di Taman Melawati. |
|
Kami di hadapan kedai makan. |
Nama restoran Cina Muslim yang kami pergi tu ialah Restoran Mohd Chan Abdullah. Ini bukanlah pertama kali kami ke sana sebenarnya. Sesampainya di sana, kami duduk mencari meja makan yang besar sebab bilangan kami agak ramai jugak. Lalu mula memilih makanan untuk dipesan. Kami plan nak makan nasi putih dengan lauk-pauk berhidang. Amier pulak lebih berminat nak makan nasi ayam. Okaylah. Dan kami bagi dia order nasi ayam. Lepas order, kami pun mencari dim sum untuk dimakan sebagai starter. Dim sum dia agak sedap jugak. Aku punya personal favourite ialah dim sum udang dan ayam. Dim sum telur masin pun sedap jugak. Pokok pangkalnya, kalau dim sum tu dimakan panas-panas, memanglah enak dan menyelerakan.
|
Sedang check menu. Nak pilih masakan untuk dipesan sebentar lagi. |
|
Terlalu banyak menu. Pening kepala kami dibuatnya. |
|
Amier pun sibuk nak pilih makanan dan minuman jugak. |
|
Sabriena nak order susu suam dalam botol ajelah. |
|
Biar bibik pulak order makanan. |
|
Mama dan Sabriena. |
|
Ayahku nak order masakan western. Ada tak? |
|
Like father, like son. |
|
Like mother, like son. |
|
Amier tengah merajuk. Tak ingat aku apa puncanya. |
|
Ayah kami dengan tiga orang anaknya. |
|
Seiras tak wajah kami. |
Kami datang ke resotran tu agak awal, supaya senang dapat tempat duduk. Jadi, oleh kerana pelanggan masih tak ramai lagi, maka makanan yang kami pesan tu pun dapat disiapkan dengan agak cepat jugaklah. Macam-macam lauk yang kami pesan. Seingat aku ada siakap steam, ada udang masak goreng butter, ada lala, ada chicken wing, ada sayur kailan, dan ada ketam. Bayangkanlah. Memang berjenis-jenis lauk-pauk yang sampai di meja kami. Kuantitinya jugak agak banyak. Masakannya boleh dikatakan sedap jugaklah. Cuma dengan kuantiti yang sebanyak tu, nak menghabiskan punyalah seksa. Tapi nasib baik Farid ada yang boleh mampu menghabiskan kesemua makanan yang berlambak atas meja tu dalam sekelip mata sahaja. Farid bukan saja dapat menghabiskan makanan kat meja kami, malah makanan kat meja orang sebelah pun dia boleh habiskan jugak. Bukan setakat tu aje. Makanan kat atas meja kat restoran-restoran bersebelahan jugak mampu dihabiskan tanpa sebarang masalah.
|
Sedang menikmati makan dim sum. |
|
Amier bagaikan tersangat teruja dengan hidangan yang ada di hadapannya. |
|
Eh! Macam sarang burung aje? Ada apa kat bawah sarang burung ni? |
|
Ohhhh... ada udang rupanya... |
|
Sabriena tak sabar nak makan juadah istimewa pada hari ini. |
|
Antara menu pesanan kami - siakap steam, kailan, dan lala. |
|
Teruja dengan segala makanan yang tersaji di depan mata. |
|
Ayahku menikmati lala. |
|
Lepas makan lala nak makan chicken wings pulak. |
Bila dah makan terlalu banyak, sudah tentulah perut semakin membulat dan memberat. Kami sangat puas hati. Kepada adik kami, Lisa, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana telah membelanja kami makan sampai kenyang. Kalau ada rezeki, boleh belanja kami makan lagi nanti. Dan kepada ayahku, diucapkan "Selamat Hari Bapa".
|
Satu, dua, tiga... Jom makan! |
|
Sangat menikmatinya. |
|
Tengah lapar. |
|
Siap ada ketam lagi kat atas meja. Dan ketam tu masih boleh gerak-gerakkan sepit dia pulak lagi. |
|
Okay. Semua pinggan dah kosong. Makanan dan habis. |
|
Thanks to Farid. |
|
Ayahku nak menghabiskan air minumannya. |
|
Hirupan penghabisan sebelum kami beredar. |
Macam BEST JER..!! MACAM COMEELL AJER..!! MACAM BEST AJER..!! HEHEHE... TERLIUR GAK NENGOK ANAK BERANAK MAAKAN KAT REST TUU....HEHEHEE...
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah... sejuk mata & hati IBU BAPA bila anak2 mengambil berat tentang mereka ek...
Kalau aku ada lebih 3-4 adik beradik kan best...!! Boleh buat mcm nii...kan? Tapi kalau IBU & AYAH
takde pun tak best gak... yatim piatu...cuma doa saja hidangan yg dapat aku berikan kepada mereka setiap hari tanpa henti....
'SELAMAT HARIJADI WAK MATARI'...
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR,KESIHATAN & REZEKI...AMIN....
Terima kasih. Amin.
ReplyDelete