Bahagian 3 (Akhir)
Biar aku recap balik apa yang telah berlaku. Jumlah perlawanan yang telah berlangsung adalah sebanyak lima. MSN Keramat menang 3, dan TTC menang 2. Tinggal satu lagi set untuk dipertandingkan. Dan satu set yang tinggal ini akan menentukan kesudahan bagi seluruh friendly match ini. Kalau team MSN Keramat menang maknanya team TTC kalahlah. Kalau team TTC menang maknanya kedua-duanya bakal seri. Wakil terakhir dari TTC - Abang Asri dan Aman akan menggalas tugas yang sangat berat ini. Apakah kesudahannya? Ikutilah kisah selanjutnya.
Zahari tolong ambil gambar aku. |
Aku tengah nak study permainan di antara Fauzi & Jimmy menentang lawan. |
Otak aku tengah mengumpul segala maklumat corak permainan mereka untuk aku terapkan dalam permainan aku. |
Okay. Next time aku kena ikat kepala jugak macam Fauzi supaya otak tak bergoncang dan boleh cepat berfikir. |
Aku sempat nengok setakat dua game aje kot, pasal aku memang kena balik awal pasal nak lawat anak aku kat asrama tengahari nanti. Setakat yang aku nampak, gandingan Abang Asri dan Aman nampaknya macam menjadi. Jadi aku menjangkakan mereka akan menang dalam kiraan kira-kira 8-4 mengalahkan team MSN Keramat. Tetapi setelah aku balik dan tanya Abang Asri, dia kata menang tipis tie-breaker aje. Fuh! Close call betul. Tak kisahlah. Janji menang. Mungkin lepas aku balik team MSN Keramat dapat rentak dan semakin bersemangat kot. Apa-apa pun kesudahannya adalah TTCians 3 dan MSN Keramat 3. Seri! Lain kali kita rematch lagi.
Tamat
Aman sangat fokus kalau bermain. |
Kalau bagi salam pun mungkin dia tak jawab. |
Aku cukup suka nengok colour baju Aman. Kuning dia memang betul-betul menangkap mata. |
Aerobik dulu. Lentok ke kanan... |
Standby mode. |
Bilakah agaknya bola ni nak datang. |
Mungkin Aman terlebih berat kot, sampaikan court senget sebelah. |
Kalau bola datang ni, memang sah-sah kena balun sampai pecah. |
Nak ambil bola backhand pulak. |
Aman cukup bersedia untuk menangani bola semacam ini. |
Abang Asri pun fokus 100% jugak. |
Bersedia untuk menangkis bola. |
Aman sedang menanti pihak lawan membuat servis. |
Dan masih menanti. |
Dan bola dipulangkan. |
Wak Izat tumpang enter frame. |
Bergambar dengan coach kami. |
No comments:
Post a Comment