m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 23, 2014

Azfar bertunang

16 November 2013 -Akhirnya sepupuku yang sentiasa nampak muda tu, Azfar (atau kami biasa panggil dia Pa aje) telah semakin dewasa dan naluri untuk menjadi seorang suami telah semakin menguasai diri. Maka pada tarikh ini, satu rombongan telah datang ke rumah tunang Pa di Lembah Keramat. Nama tunang Pa kalau tak silap aku ialah Wani. Tahniah kepada Pa dan tunangnya. Itu baru muqadimahnya saja. Ikutilah kisah seterusnya di laman blog ini.

Makcik Noorizan baru nak ambil makanan setelah selesai menyarungkan cincin ke jari Wani.
Beratur mengambil makanan.
Sepupu-sepupuku - Pa, Taufiq dan Azlimi.
Pada suatu pagi yang dingin dan hening, ketika burung hantu sedang nyenyak tidur di bawah lampu, aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tak aku jangka. Orang itu ialah Pa. Pa kata dia dah nak bertunang. Lalu dia menjemput aku sekeluarga untuk datang menjadi sebahagian dari ahli rombongan yang melamar bunga di taman. Aku terus cakap "Orait!" Memang aku akan cuba untuk hadir memeriahkan majlis.

Syahmie dan ayahku sedang menjamu selera.
Pakcik Udin (kanan) dilantik sebagai juru cakap pihak lelaki.
Pakcik Rizali (bapa pengantin) dengan abangnya, Pakcik Tahar.
Adikku dengan Makcik Razmah.
Bila aku semak jadual, rupa-rupanya pada hari dan waktu yang sama, aku kena hantar wife aku pergi satu kursus di sekitar KL. Kalau tak silap aku kat Sri Hartamas kot. Jadi aku cakap dengan adik kakak aku supaya mereka pergi dulu ke Lembah Keramat dengan membawa ayah kami sekali. Aku akan menyusul kemudian setelah menghantar wife aku pergi kursus. Okay. Semua orang setuju dengan cadangan aku itu.

Azlimi dengan saudara-mara.
Khusyuk berbual pasal Datuk Lee Chong Wei yang dah nak bersara.
Hana dan Wati.
Wati (kakak kepada Pa) dan Hana.
Pada hari yang telah ditetapkan, aku dan isteri, serta Syahmie dan Amier telah keluar dari rumah lebih awal, sebab jarak yang nak kami pergi lebih jauh. Kemudian adik, kakak dan ayah aku pulak bertolak terus ke tempat majlis di Lembah Keramat. Setelah menghantar wife aku, aku pun terus meluru dengan laju menuju ke Lembah Keramat. Jalan kat KL pulak tu agak lapang. Jadi tak sampai sejam, aku dah sampai di daerah Keramat. Aku rasa macam boleh sampai ke tempat majlis sebelum acara dimulakan. Tapi jangkaanku meleset...

Amier sedang mengorek jelly berperasa strawberi.
Adik dan kakakku bersama Makcik Razmah.
Tiga orang sepupuku - Shimi, Pa dan Taufiq.
Berselera betul nengok diorang makan.
Shimi dan Taufiq akan ikut jejak langkah Pa tak lama lagi. Ya ke?
Memang betul aku dah sampai Lembah Keramat. Tapi kalau mengikut alamat yang aku ada, macam susah pulak nak mencari lokasi mengikut alamat yang telah aku catitkan. Aku jadi menggelabah seketika. Selalunya wife aku jadi co-pilot. Dengan menggunakan perisian "Waze", senang aje mencari lokasi yang dicari-cari. Tapi bila wife aku tak duduk kat kerusi co-pilot, aku jadi buntu dan bagai hilang arah. Tak apa. Aku terus melantik Syahmie dan Amier untuk menjadi co-pilot pelapis. "Okay Syahmie dan Amier, ke mana kita seterusnya?" tanya aku. Mereka pun memberi cadangan ke kanan dan ke kiri dan ke merata-rata tempat. Ya, aku ikutkan aje arahan mereka berdua hingga tetiba aku ditahan polis dan pihak imigresen. Pegawai yang bertugas tu bertanya, "Nak ke mana kamu bertiga?" "Nak tengok sepupu bertunang, tuan". "Kat mana, encik?" "Kat Keramat, tuan". "Keramat tu kat mana?" "Kat KL-lah tuan". "Encik biar betul nih!? Ini dah dekat sempadan Siam dah ni". Alamak! Ya ke?! Lalu aku patah balik menuju KL tanpa mempedulikan arahan dari kedua anak bujangku lagi.

Makan-makan sambil berbual panjang.
Amier dengan datuk saudaranya.
Pakcik Rizali dengan Pakcik Tahar.
Pa dengan ayahnya.
Barang hantaran.
Bunga-bunga ros memenuhi ruang dulang.
Bunga kuning dan putih. Putih melambangkan kesucian hati. Kuning melambangkan...... Errrrr.... jom kita makan durian!!!
Di KL, aku terus menghala ke Lembah Keramat yang sebenarnya tak jauh mana pun dari rumah kami di Ampang. Aku pusing satu Keramat mencari alamat yang ada dalam simpananku. Taman Keramat, Lembah Keramat, Datuk Keramat, Keramat Dalam, Keramat Luar, Keramat Tengah, dan macam-macam Keramat lagi yang kami lewati. Masih jugak tak bertemu dengan rumah tunang Pa. Aku hampir putus asa. Maklumlah, kereta yang aku pandu terpaksa refill minyak full tank sampai dekat sebelas kali. Licin duit dalam wallet aku dok megisi minyak aje. Tak payah cakap pasal tol. Nilai Touch n' Go aku yang dah lebur dah melebihi dua ratus ringgit. Akhirnya aku pergi ke sebuah gerai buah tepi jalan. Aku tanya kat pakcik yang jual buah tu. Aku tunjukkan alamat rumah. Pakcik tu melihat sambil berfikir sejenak. "Oooooohhhhhh..... Tempat ni kat tepi tu aje hah! Awak belok kanan, terussssss aje. Mesti jumpa." Aku mengikut arahan pakcik tadi setelah konfiden dengan reaksi pakcik tadi. Ya, benar! Rumah tunang Pa akhirnya aku temui. Syukur.

Pengantin dengan kedua orang tua.
Makcik Noorizan bersama bakal menantu.
Semua orang nampak gembira pasal satu hal dah pun selesai.
Pasangan pengantin - Wani dan Pa.
Masih bersimpuh di atas permaidani.
Permaidani dan bantal yang empuk.
Tetiba juru kamera buat lawak antarabangsa. Dan semua tersenyum lebar.
Sewaktu aku sampai, majlis dah pun selesai. Aku miss semua adegan jual-menjual pantun, baca sajak dan syair, berseloka, main petik-petik bunga kat taman. Semua aku dah terlepas. Tak apalah. Janji aku tak terlepas makan. Maka tanpa segan silu, aku  pun terus mengambil juadah terhidang. Lalu aku makan dengan penuh berselera.

Mak dan ayah kedua mempelai turut bersama.
Bakal suami isteri, bakal menantu dengan bakal besan.
Keluarga semakin berkembang menjadi double. Itulah hikmah ikatan perkahwinan.
Bonda-bonda dan anakanda.
Akrab.
Setelah kenyang makan, tetiba ada orang ajak Pa dan pakcik makcikku, Pakcik Rizali dan Makcik Noorizan untuk masuk ke dalam rumah. Dengar cerita sebab nak ambil gambar bersama-sama. Yessss! Inilah peluang yang aku tunggu-tunggu selama ni. Ketika pengantin ber-posing, aku pun ambillah gambar mereka. Berkali-kali, untuk cover balik acara yang telah aku terlepas tadi. Puas hati aku. Cukuplah bahan untuk dikisahkan. Oops! Dah lewat ni. Aku kena rush balik ke Sri Hartamas untuk jemput wife aku dari kursus. Dan kepada Pa dan Wani, tahniah aku ucapkan buat kalian berdua. Tahniah jugak kepada Pakcik dan makcikku kerana telah mendapat gelaran Datuk. Errr... maksud aku gelaran 'datuk' pasal telah menerima cucu yang sulung hasil dari perkahwinan Azlimi dan Hana. 

Ayahanda-ayahanda dan anakanda-anakanda.
Pengantin bergambar bersama tetamu.
Tetamu mengucapkan tahniah.
Pengantin remaja. He he he...
Terkenang di zaman dulu-dulu kala.
Ada yang mengusik.
Terpancar keceriaan.
Pa dan ayahanda.
Pa and parents.
Bersama tetamu lagi.
Tetamu mengucapkan, "Jom pekena teh tarik kat kedai mamak."
Amier dengan pokok dinosaur.
Lepas ni jom kita ambil mama!

No comments:

Post a Comment