29 Ogos 2013 - Biasalah, kalau dah namanya Hari Raya, mesti ada orang buat open house. Maka pada raya puasa yang lepas, kami mendapat jemputan rumah terbuka di sebuah hotel - Double Tree. Ini open house kompeni, bukan perseorangan. Maka makannya pun hebat-hebat jugaklah. Aku cepat-cepat balik rumah dari ofis. Pakai kemas-kemas dan bawak anak-anak aku pergi ke hotel untuk memenuhi jemputan makan rumah terbuka sempena syawal.
|
Bersama teman sepejabat isteriku. |
|
Sabriena makan sampai comot. |
|
Seronoknya Sabriena dapat makan macam-macam. |
Banyak betul makanan terhidang! Aku anak beranak memang sangat teruja dengan makanan yang banyak dan nampak sedap pulak tu. Wife aku pergi ke sana dari ofis. Jadi dia dah makan terlebih dulu. Walaupun kami sampai lambat, tetapi makanan masih tetap banyak lagi. Tak mampu aku nak menghabiskan kesemua makanan dan minuman yang dihidang, walaupun azam ku memang nak cuba jugak melangsaikan kesemua juadah di dalam pinggan mangkuk.
|
"Saya akan makan makanan ini sekejap lagi". |
|
"Ini adalah makanan kegemaran kami!" |
|
Pancaragam sedang memainkan lagu-lagu raya. |
|
Irama Melayu moden. |
|
Familiar faces. |
|
Juanih dan Azahar jugak ada. |
|
Bergambar bersama teman-teman. |
|
Ketika suami-suami sedang borak-borak, isteri-isteri bergambarlah. |
Selain dari makan minum, ada pulak hiburan raya oleh kumpulan muzik yang memainkan lagu-lagu Melayu yang evergreen. Suasana memang sangat santai, especially bila semakin berkurang hadirin kat dalam dewan tu. Kami makan sampai tak larat nak makan lagi. Keras kembung perut kami masing-masing. Habis makan aje kami terus balik. Kepada yang belanja makan, kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Trema Kasseeeyyy!!!
|
Sabriena nak makan belon perasa ayam. |
|
Sabriena memang suka gigit belon sampai pecah. |
|
Suasana dalam dewan yang semakin lengang. |
|
Bergambar dulu sebelum pulang. |
|
Di pintu keluar. |
|
Terima kasih tuan-puan. |
No comments:
Post a Comment