m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, October 15, 2013

Nelayan di Tepian Rimba: Kais pagi makan pagi

Bahagian 1

Sabtu lepas (12 Oktober 2013), aku dan isteri telah ke laut bagi mencari rezeki yang halal. Dah lama kami tak ke laut. Nampak gayanya, dua tiga hari kebelakangan ni hujan kerap turun. Harapnya laut tak bergeloralah, sebab kami nak pergi menangkap ikan. Kalau tak ke laut, tak adalah ikan udang yang dapat kami jajakan untuk membeli keperluan rumah yang lebih asas.

Iklan Kolam Rekreasi Tepian Rimba di tepi jalan.
Petunjuk untuk ke destinasi.
Laut yang kami maksudkan terletak di Hulu Langat. Kawan seangkatan aku, Wak Palie yang bagi tau aku pasal tempat baru ni. Katanya kat sini ikannya galak memakan umpan. Tapi saiznya taklah begitu besar. Tak kisahlah tu. Janji ada hasil bila naik dari laut nanti.

Kami bertolak dari rumah kira-kira hampir jam 11 pagi. Masa kami keluar tu hujan dah mula turun. Tak terlalu lebat. Tapi tak jugak renyai. Aku bawa bersamaku umpan pelbagai jenis bagi menjinak ikan laut dalam seperti kurau, merah,. siakap, tuna, senangin dan kerapu. Umpan yang aku gunakan pulak ialah cengkerik, dedak pelbagai rasa, roti, burger ayam bakar dan pelet. Kalau nak ikutkan hati, macam-macam umpan lagi yang aku nak bawak. Aku nak bawak perumpun, ketam, udang, anak keli, ikan selar, sotong kurita dan udang lipan. Tapi kalau nanti dapat ikan berpuluh-puluh kilo beratnya, aku khuatir tak muat ruang pulak nak disumbat ke dalam bonet keretaku.

Terletak di Lorong Serai, bukan Lorong Kunyit, dan bukan juga Lorong Lengkuas.
Masa kami sampai, hujan tengah turun dengan kelebatan yang sederhana. Kami tunggu dalam kereta dulu, sampai hujan reda sedikit. Tak sampai sejam menunggu, hujan pun mereda. Aku, isteri dan Amier terus saja ke medan laut untuk berjuang dengan ikan-ikan bagak besar. Kami terus ke kaunter pendafttaran. Kami kena bayar RM 50.00 untuk deposit bagi seorang pemancing. Dua orang bermakna kami terpaksa bayar deposit RM100.00.  Lepas bayar, kami terus ambil satu port dekat dengan pintu masuk. Baling umpan, tarik dapat umpan jugak. Atau, baling umpan, tarik dapat mata kail. Ikan ada menggetu umpan, tapi tak sangkut. Tetiba ada satu pasangan suami isteri suruh kami tukar port kat sebelah dalam sikit. Kami pun terus angkut barang dan pergi ke bahagian laut yang lebih dalam.

Ikan pertama berjaya dipancing oleh isteriku - ikan keli tempatan.
Kat situ kami tengok ada dua kumpulan pemancing yang sedang ligat menarik ikan demi ikan. Bagaikan tiada henti. Kami pun meninjau untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Rupanya ada sekawan ikan keli yang berkumpul kat tebing dinding air. Bila disua umpan cengkerik, ikan-ikan keli tu terus membaham umpan tadi tanpa silu. Apa lagi, kami pun ikutlah strategi pemancing tadi. Dan ikan keli dari pelbagai saiz pun dinaikkanlah satu persatu. Ada yang besar macam killer whale. Ada jugak yang kecil macam ikan bilis. Semua kami kaut dan masukkan ke dalam bakul. Isteriku dapat lesen lebih awal dari aku. Aku mengekori setelah beberapa kali mencuba. Amier jugak telah berjaya menaikkan ikan keli dengan saiz yang sederhana.

Ikan keli yang berjaya dipancing Amier.
Ikan keli yang aku pancing. Tak kurang dari tiga jam aku terpaksa bertarung dengan ikan ni. Sampai lenguh tangan, kaki dan pinggangku.
Ada dekat lima belas kilo ikan keli ni. Tulang besi, urat dawai kot.
Double hook-ups oleh dua orang pemancing.
Melepaskan mata kail dari mulut si keli.
Setelah seketika memancing, isteriku dapat pulak ikan pacu yang lebih ganas permainannya. Isteriku berjaya menaikkan beberapa ekor pacu, sedangkan aku masih melayan keli. Akhirnya aku pindah tempat. Dah setelah pindah ke port lain, barulah dapat aku naikkan pacu demi pacu, dengan berumpankan cengkerik jugak. Malah dua kali aku dapat double hook-ups. Pergh! Sangat teruja aku. Sedang aku sibuk melayan pacu, wife aku naikkan pulak ikan patin. Aku mencuba menjinakkan patin dengan umpan dedak spesel yang aku dapatkan dari kedai berdekatan. Tapi nampak gayanya umpan dedakku tidak disentuh ikan langsung.

Isteriku dengan pacu pertamanya.
Memancing dengan santai.
...di bawah payung besar.
Isteriku jugak berjaya memancing seekor patin. Kail melekat kat badan. Pancing patin memang jauh lebih susah dari ikan-ikan lain.
Gembira dengan patin yang berkilau.
Aku dan pacu, bagaikan tak dapat dipisahkan.
Setelah tiga jam memancing, aku bagi isyarat kepada isteriku bahawa masanya telah sampai untuk kami pulang ke darat. Dalam bakul kami memang sarat dengan ikan. Bila ditimbang, ada hampir mencecah 11 kilogram beratnya. Jumlah ikan kami masih tak tau lagi. Pokok pangkalnya memang tak menang tangan dibuatnya kami. Korang perasan tak, tak ada langsung gambar kami sedang bertarung dengan ikan, sebab kami sentiasa sibuk menangani tarikan ikan yang gelojoh.

Packing untuk pulang.
Amier dengan sebakul ikan.
Trip yang menarik. Ada harapan boleh repeat.
Suasana jugak menarik.
Syukur. Rezeki Tuhan bagi.
Wajah ceria kami.
Keseronokan terserlah.
Himpunan ikan yang dipancing selama tiga jam.
Berat jugak bakul ni!
Mamat Indon sebelah aku ni pun ligat jugak menaikkan ikan.
Masa untuk pulang.
Lenguh tangan aku menyeret dan menjijing bakul berisi ikan seberat 11 kilo. Lenguh tetapi puas. Tak pernah aku pancing tiga jam dapat ikan sebanyak tu. Aku rasa kalau first timer datang memancing pun pasti boleh kaut ikan sebanyak yang kami dapat. Ikan kat sini memang lapar-lapar belaka. Kami bayar RM28.00 sorang untuk pancingan selama 3 jam. Kira berbaloilah sangat.

Bersambung...

Melangkah pulang.
Dengan hasil yang lumayan pada trip kali ini.
Sambil melangkah pulang, sambil eksyen kat orang sekeliling. (Macam Mr Bean).
Pergh! Lenguh sungguh tangan aku.
Ke kaunter mendapatkan pulangan duit deposit.
Kena bayar RM28.00 sorang.
Amier bersedia dengan jaring kot-kot ada peluang nak sauk ikan besar.

2 comments:

  1. alhamdulillah best nyer tgk bila pi mancing mcm ni dapat ikan banyak berjenis2 pulak tu patin, keli dan pacu.. :D

    Selamat Hari Raya Aidil Adha buat tuan sekeluarga :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Kat sini ikan-ikan dia manja. Senang dijerat.

    ReplyDelete