m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, January 13, 2014

Happy birthday Wanie

31 Oktober 2013 - Biar aku nyanyikan satu lagu dulu sebelum aku terus menulis.

(Ikut melodi lagu Merdeka dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad):

"Tanggal 31,
Bulan sepuluh, dua ribu satu,
Maisarah Syazwanie lahirlah ke bumi,
Ia tetap menjadi sejarah..."

Tu aje.

Sempena birthday Wanie, kami belilah kek satu biji. Dan macam biasa, kami berkumpul dekat katil mak aku untuk menyanyi, memotong kek dan bergambar. Sabriena yang dah tidur tu pun kami bangunkan untuk meraikan hari jadi kakaknya. Semoga Wanie membesar menjadi seorang Muslimah yang taat perintah Allah, ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w., solehah, bertakwa, berakhlak mulia, hafizah, da'i, dan segala-gala yang baik. Amin.

Kek hari jadi Wanie.
Berkumpul di sudut biasa.
Ambil gambar dulu.
Sabriena masih tidur.
Sabriena dah terjaga.
Okay, padam lampu. Pasang lilin.
Memadamkan lilin.
Lilin dah padam.
Potong kek.
Last shot of the day.

No comments:

Post a Comment