m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, January 2, 2014

Tenis TTCians lawan UTM: Kesudahan perlawanan

Bahagian 5

Kisah perlawanan tenis persahabatan dengan UTM Kuala Lumpur belum habis lagi sebenarnya. Aku tengah sibuk menguruskan badan. Eh! Silap. Bukan menguruskan badan, tetapi menguruskan persiapan persekolahan anak-anak aku. Lebih-lsbih lagi tahun baru 2014 ni bertambah lagi sorang anak yang masuk asrama. Ok, sekarang bolehlah aku sambung balik part yang terakhir.

Game selanjutnya menyaksikan perlawanan team UTMKL dengan gandingan TTCians Abe Sam dan Wadi. Dengar khabarnya salah sorang players UTMKL tu memang biasa masuk tournament. Aku menjangkakan suatu perlawanan yang terhebat pada alaf ini.

Gandingan Wadi dan Abe Sam menentang UTMKL.
Masing-masing tak sabar-sabar untuk berentap
Wadi nak buat servis.
Wadi tak pasti nak buat servis macam Federer atau macam Nadal.
Akhirnya Wadi buat servis macam gini ajelah.
Bola dibaling.
...melepasi frame gambar.
Bila bola masuk balik ke dalam frame, bersiap sedialah membuat hentaman yang paling kuat di dunia.
Dan reket berlaga dengan bola.
Servis yang mendapat tepukan gemuruh dari peminat-peminat sukan tenis seantero dunia.
Dari kaca mata aku (yang tak pakai kaca mata ni), perlawanan ni tak kelihatan begitu sengit. Tapi dari segi kejar mengejar point, nampak gayanya mereka saling bersaing. Memang agak susah nak break serve pasukan lawan. Permainan Abe Sam nampak gayanya lebih relaks santai, dan aku rasa ketenangan Abe Sam ni membawa banyak advantage kepada team TTCC. Wadi pulak sesekali membuat pukulan power maut yang memperlihatkan bola meluru seperti peluru berpandu ke arah pihak lawan. Team TTCC akhirnya menang dengan kiraan mata 8-5 (mengikut kiraan Faizal the President. Kalau mengikut kiraan aku 8-4.) Tak kisahlah berapa. Yang penting satu mata telah diperolehi pihak TTCC dalam permainan ini. Tahniah kepada Abe Sam dan Wadi.

Players team UTMKL mula membuat hala tuju masing-masing.
Abe Sam yang sentiasa tenang menanti bola datang.
Servis dari player UTMKL.
Pukulan yang nampak simple.
Tapi agak laju jugak perginya.
Umpire Asyraf tergelak kerana court tenis tu nampak kelakar dari kerusi umpire.
Giliran Abe Sam nak buat servis.
Bertafakur seketika.
Melihat target secara tepat.
Menyedut oksigen di udara.
Memastikan bola masih bulat sebelum membuat balingan.
Bola dilambung selari dengan arah tangan yang diangkat.
Sekarang masa untuk pukul bola.
Dan bola pun dipukul dengan perasaan terharu.
Yes! Bola tepat ke sasaran - longkang besar!
Permainan tamat.
Bersalam-salaman dan mengucapkan tahniah.
Terpancar wajah kekecewaan di wajah pemain UTMKL.
Presiden kelab tenis UTMKL (baju biru) melambai kepada para peminat yang menyaksikannya beraksi.
Game terakhir merupakan suatu rematch. Team mixed double bermain sekali lagi untuk kali kedua. UTMKL mempertaruhkan pasangan muda asal yang begitu hebat. Dan pihak TTCC menggantikan Pok Wang dengan Haini (atas permintaan Haini sendiri dan telah direstui oleh Encik Presiden). Masa ni aku dah terpaksa balik pasal waktu dah masuk tengah hari. Jadi aku tak tengoklah kesudahan permainan ini. Tapi dari laporan Faizal, TTCC menang tipis 8-7. Wah. Memang betul-betul hebat pasangan UTMKL ni. Tahniah kepada kedua-duanya di atas persembahan yang sangat hebat ini. Pihak tetamu - UTMKL, walaupun tewas, tetap nampak ceria dan happy aje. Setidak-tidaknya mereka mendapat suatu pendedahan tennis peringkat antarabangsa. Kesudahannya secara menyeluruh, TTCians menang ke atas UTMKL dengan mata 8-1.

Semoga di lain-lain kesempatan, kami dapat bermain dengan team-team yang lebih perkasa agar pengalaman seumpama ini akan menjadikan kami lebih kental - bukan saja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental.

Tamat.

Pasangan terakhir yang berentap.
Suatu rematch. Tapi Haini ganti Pok Wang kali ni.
Para penyokong team UTMKL.
Berjuta-juta penyokong UTMKL telah balik meninggalkan stadium apabila team yang disokong mulai kalah.
Penyokong-penyokong hard core tetap di bangku stadium forever and ever.

No comments:

Post a Comment